• Semasa

    Gara-Gara Kesempitan Hidup Wanita Ini Terpaksa Urut Batin Setiap lelaki Dalam Keadaan Berb0gel





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Gara-Gara Kesempitan Hidup Wanita Ini Terpaksa Urut Batin Setiap lelaki Dalam Keadaan Berb0gel | “Antara pengalaman tidak dapat dilupakan ketika bekerja sebagai tukang urut adalah memberi khidmat urutan batin kepada remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang ‘datuk’ berusia 70 tahun.


    Gara-Gara Kesempitan Hidup Wanita Ini Terpaksa Urut Batin Setiap lelaki Dalam Keadaan Berb0gel

    Gara-Gara Kesempitan Hidup Wanita Ini Terpaksa Urut Batin Setiap lelaki


    “Memang menjijikkan, tetapi saya membuat pilihan bekerja di sini kerana mahu membesarkan anak yang kini berusia tujuh tahun,” luah Hani, 29, tukang urut tradisional dan batin yang mendedahkan kisah hidup serta pengalaman di tempat kerjanya, di sini.

    Menurut Hani, lebih setahun bekerja di pusat urut berkenaan, dia ditugaskan memberikan khidmat urutan tradisional kepada pelanggan selain sanggup melakukan urutan batin dan berbogel demi mendapatkan wang tambahan.

    “Pendapatan bekerja di sini memang lumayan kerana saya mampu meraih lebih RM4,000 sebulan. Sebelum ini hanya bekerja di hotel di Shah Alam dengan pendapatan RM1,000 sebulan namun ia tidak mencukupi bagi saya,” katanya.

    Hani berkata, selepas bercerai dengan suaminya yang juga kaki judi pertengahan tahun lalu, dia berhenti kerja di hotel terbabit sebelum bekerja di pusat urut berkenaan selepas memikirkan masa depan dan persekolahan anaknya.

    HUKUM URUT BATIN

    Isu rumah urut hangat diperbincangkan baru-baru ini selepas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikatakan akan mengambil inisiatif untuk membanterasnya.

    Kewujudannya mengganggu ketenteraman masyarakat. Sejak bila rumah urut wujud di negara kita? Dari segi tarikhnya sukar untuk kita pastikan sejak mula ia bertapak.

    Namun yang pasti kisah rumah urut dan permasalahannya bukan kisah baru dan ia seolah-olah tidak ada noktah.

    Secara umumnya, rumah urut ada pelbagai jenis. Ada yang menjalankan rumah urut berlesen dengan tujuan dan pelaksanaan yang betul seperti rumah urut untuk lelaki, di mana tukang urutnya adalah lelaki. Dan ada juga rumah urut untuk perempuan dan tukang urutnya juga adalah perempuan.

    Apa yang menjadi isu adalah rumah urut yang menawarkan perkhidmatan yang bercanggah dengan agama dan moral. Seperti tukang urut perempuan mengurut tubuh lelaki atau tukang urut lelaki mengurut badan perempuan. Kemudian perkhidmatan yang ditawarkan itu pula ada yang sampai menawarkan khidmat seks dan sebagainya.

    Apakah pandangan Islam terhadap rumah urut dan khidmat urut yang dijalankan? Perkara pertama adalah hukum asal kepada menyediakan khidmat urut.

    Secara asasnya, hukum asal mengurut dan menjalankan khidmat urut adalah harus kerana membantu orang yang memerlukan. Tetapi dengan adanya penawaran-penawaran lain yang bercanggah dengan nilai Islam maka ia menjadi haram.

    Apabila wanita mengurut lelaki atau sebaliknya, ia melibatkan hukum aurat dan pergaulan lain jantina dalam Islam. Sebagai seorang Islam, kita beramal dengan apa yang diajarkan dalam al-Quran bahawa lelaki dan wanita mempunyai batas pergaulan yang perlu kita patuhi. Kecuali dalam keadaan darurat, seperti tujuan berubat, orang patah atau sakit dan ketika itu hanya ada tukang urut lain jantina, maka Islam memberikan kelonggaran kerana adanya keperluan mendesak.

    Inilah yang dimaksudkan dengan kaedah fikah, ‘Darurat mengharuskan yang haram’. Namun begitu persentuhan dan urutan itu pula sekadar tempat yang perlu sahaja.

    Apa yang berlaku di rumah urut ini, urutan yang dibuat oleh tukang-tukang urut dilakukan dengan aroma dan nilai godaan yang boleh merangsang syahwat dan menawarkan hubungan zina. Islam sangat tegas dalam urusan hubungan kelamin di mana hubungan hanya sah mengikut neraca agama selepas adanya akad perkahwinan. Semua hubungan selain dari itu adalah zina.

    Oleh itu apabila khidmat urut ini ditawarkan dengan khidmat seks atau zina, maka jelaslah ia berlawanan dengan agama dan hukumnya adalah haram dan berdosa.

    Al-Quran menyebut bahawa “Dan janganlah kamu sama sekali mendekati zina”. Jika mendekati zina sudahpun dilarang, maka apatah lagi melakukan zina. Kaedah fikah turut mengatakan ‘Apa yang boleh membawa kepada haram, maka hukumnya juga adalah haram’.

    Dalam kes ini, kaedah ini bermaksud apabila seorang lelaki mendapatkan khidmat urut dari wanita, dalam bilik berdua sahaja antara pelanggan dan tukang urut dan akhirnya boleh membawa kepada khidmat seks atau zina, maka semuanya adalah haram. Kerana akhirnya boleh membawa kepada haram, maka jalan-jalannya juga haram mengikut nilaian agama.

    Gara-Gara Kesempitan Hidup Wanita Ini Terpaksa Urut Batin Setiap lelaki


    Alasan
    Ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa sesuatu perkara mengikut niat, ada suami yang pergi ke rumah urut dengan alasan ingin melegakan sengal-sengal badan. Bagaimana kedudukan perbuatan sebegini?

    Dalam hidup ini, kadang-kadang kita selalu melihat sesuatu perkara secara sekali lalu, sedangkan ada beberapa perkara lain yang terlibat. Maksudnya apabila ada kaum lelaki pergi ke rumah-rumah urut ini dengan tujuan untuk mengurut sengal-sengal badan, dia tidak wajar melihat aspek itu sahaja. Islam mendidik kita melihat sesuatu dari kaca mata agama. Kesemua aspek yang terlibat perlu dilihat sebelum satu-satu tindakan dibuat.

    Lelaki Islam yang mempunyai iman dan kepercayaan bahawa sesuatu perbuatan dinilai oleh Allah, wajar pergi ke tempat urut yang sama jantina. Banyak kita lihat iklan urut lelaki untuk lelaki dan sebaliknya. Seharusnya lelaki Islam memilih tempat-tempat sebegini. Kaedah fikah ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’ relevan dalam kes seperti ini.

    Walaupun matlamat dan tujuan kita baik, tetapi caranya salah maka Islam mengatakan ia tetap salah. Oleh itu, apabila seorang suami pergi ke tempat-tempat sebegini, walaupun niatnya baik, Islam tetap tidak membenarkannya. Jika matlamat untuk mengurut sengal-sengal badan, maka wajib juga baginya mengambil berat cara-cara dan kaedah yang digunakan.

    Apatah lagi tindakan ini boleh memberi kesan kepada hubungan suami isteri. Suami yang membenarkan wanita lain mengurut badannya dan kemudian membawa kepada zina, besar kemungkinan akan melihat apa gunanya isteri di rumah yang tidak dapat melayannya seperti wanita tersebut. Sudah tentu, ia boleh menyumbang kepada masalah keruntuhan keluarga dan rumah tangganya.

    Ada pihak yang mendakwa lelaki ke rumah urut kerana prosedur berpoligami yang ada di negara kita adalah rumit dan menyusahkan. Penulis tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Seorang lelaki yang mengunjungi dan mendapatkan khidmat ini secara tidak langsung menzahirkan kerapuhan imannya dan kelemahan jati diri agamanya. Yang dipentingkan adalah melampiaskan nafsunya sedangkan perkahwinan sama ada monogami dan poligami membawa bersamanya erti tanggungjawab, amanah, pendidikan, kemampuan kewangan, kematangan diri dan sebagainya.

    Seseorang yang ingin berpoligami perlu mempunyai kemampuan untuk berlaku adil dan kewangan yang baik untuk menanggung nafkah semua isteri dan anak-anak yang ada. Poligami bukan dibenarkan kerana menyelesaikan kehendak nafsu syahwat semata.

    Oleh itu, bukan dengan melonggarkan permohonan berpoligami boleh menyelesaikan masalah ini, tetapi dengan mendidik lelaki muslim agar menjauhi tempat-tempat begini, barulah masalah ini berjaya dikawal dengan baik.

    Untuk mengubah sesuatu yang telah bertapak lama, bukanlah sesuatu yang mudah. Umpama orang yang merokok selama 10 tahun, tidak mampu untuk berhenti dalam masa dua jam. Tetapi kita tidak boleh berputus asa, usaha perlu dibuat dan diteruskan. Dalam menangani masalah rumah urut ini, banyak pihak yang perlu memberi kerjasama untuk membanterasnya.

    Kita semua mengetahui bahawa jika tiada permintaan, nescaya rumah-rumah urut ini tidak berjaya membuat perniagaan dan mencari keuntungan. Umpama kaedah perniagaan biasa, ada permintaan, adalah perniagaan. Apabila adanya pelacur, ia sebenarnya melibatkan lelaki yang menghendaki khidmat mereka. Apabila ada lelaki yang ingin melakukan zina, maka adalah perempuan yang menjadi pelacur. Ia umpama bulatan roda, berpusing tidak berkesudahan. Begitulah dalam hal ini.

    Usaha pertama adalah mendidik kaum lelaki Islam agar kembali kepada ajaran agama. Melihat sesuatu dengan nilaian mukmin yang benar. Sesuatu yang haram dan yang boleh membawa kepada haram perlu dijauhi. Wanita-wanita Islam juga tidak boleh mencari rezeki di tempat sebegini. Rezeki yang diperoleh dari jalan yang haram mengundang kemurkaan dan kebencian Allah serta jauh dari keberkatan.

    Kedua, orang ramai perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti perlu peka dan bersegera membuat laporan kepada pihak berwajib. Memberi kerjasama apabila diperlukan.

    Ketiga, pihak berkuasa seperti PBT dan polis perlu menggembleng tenaga dan membuat lebih banyak serbuan dan tangkapan tanpa mengira musim. Penguatkuasa jabatan agama perlu dilibatkan. Apabila lebih banyak kemudaratan yang datang berbanding dengan manfaat, maka premis-premis sebegini mesti ditutup, dimansuhkan permitnya dan apa-apa tindakan yang patut demi menjaga kebajikan semua pihak.

    Keempat, peruntukan undang-undang perlu dipinda agar hukumannya lebih memberi kesan dan menggerunkan. Contohnya Undang-Undang Kecil Rumah Urut, peruntukan mengenai perniagaan rumah urut tanpa lesen dan menjalankan urutan hanya meletakkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-dua sekali. Sudah sewajarnya hukuman ini dipertingkatkan lagi sebagai langkah membanteras masalah ini.

    – Nurhidayah Muhd. Hashim ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM, Shah Alam dan juga Exco Penyelidikan dan Penerbitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).- artikel utusan

    Via helangmerah.com


    1 comment:

    1. Perempuan mengurut batin lelaki ada dak area sungai petani

      ReplyDelete

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad