• Semasa

    Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG? - Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak menafikan dakwaan guru menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah bagi menganjurkan jamuan akhir tahun di hotel seperti tular di media sosial baru-baru ini, lapor mStar Online.

    Tambahnya, kebanyakan sekolah menubuhkan kelab guru yang membolehkan mereka mengumpulkan dana untuk kegunaan sendiri selain menegaskan guru tidak boleh menggunakan dana PIBG sesuka hati tanpa izin daripada ibu bapa walaupun turut membuat sumbangan PIBG setiap tahun.

    “Bila ada kelab guru, mereka boleh ada bendahari sendiri untuk mengumpulkan sejumlah bayaran daripada guru-guru setiap bulan, untuk kegunaan khas seperti majlis perpisahan kerana guru berpindah sekolah dan persaraan termasuk jamuan akhir tahun.


    “Sekolah tak ada peruntukan untuk semua itu, jadi mereka berusaha menggunakan dana sendiri. Kelab guru juga mempunyai akaun untuk simpanan dana, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan sumbangan daripada pihak luar,” katanya kepada mStar Online.

    Katanya lagi, guru juga perlu diraikan dan menyifatkan jamuan akhir tahun sebagai satu budaya dalam kalangan guru.

    “Guru pun manusia biasa yang perlu diraikan. Murid-murid dah diraikan dalam jamuan lain terlebih dahulu di sekolah sebelum cuti bermula.

    “Bila guna dana dan sumbangan di atas usaha mereka sendiri, terpulang kepada guru-guru untuk mengadakan jamuan itu di mana termasuk di hotel,” tambahnya.

    Menurut Kamarozaman, Pihak sekolah tidak pernah meminggirkan murid, sebaliknya menganjurkan pelbagai program seperti hari keluarga, hari kokurikulum dan hari sukan.

    Sebelum ini tular posting seorang pengguna Facebook (FB) yang mendakwa guru meminggirkan murid ketika mengadakan jamuan di hotel. 



    Malah, segelintir netizen turut membuat spekulasi jamuan berkenaan diadakan menggunakan dana PIBG. 

    Sumber: CARI

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad