• Semasa

    “Agaknya Awak Ni Banyak Sangat Makan Jamu Itu Yang Jadi Denyut-denyut Kemut Sampai Kacau Suami Orang Lain Ke?”





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    “Agaknya Awak Ni Banyak Sangat Makan Jamu Itu Yang Jadi Denyut-denyut Kemut Sampai Kacau Suami Orang Lain Ke?” - Saya dapat surat layang daripada suami meminuta izin mahu bernikah lagi. Katanya saya tidak pandai melayan batinnya. Anak sudah 7 orang, penat isteri ini lelaki tahu tetapi buat tidak tahu. Kalau sekali beranak, 10 saraf terputus, kalau 7 kali beranak? Berapa sudah putus bang? Ini bukanlah pertama kalinya abnag merungu t kata tidak pernah puas. Sudah kali kedua, cuma terkejut kali ini lain pula isi kandungannya.

    Dear suamiku.

    Abang minta mahu berkahwin lagi atas alasan yang bagi abang agak munasabahlah kan? Abang kira nafsu abang saja. Ye, memang lelaki nafsu yang jadi raja sebab dia ada satu nafsu saja. Wanita nafsu dia duit. Abang tahu tidak, duit yang abang bagi setiap bulan tidak pernah cukup? Kalau ikut nafsu, memang tidak pernah cukup bang. Saya tengok kawan beli beg LV berharga RM6,000 saya pun teringin, tetapi saya tahan nafsu sebab saya tahu banyak mana saja kemampuan abang itu.

    Sekali sekali, saya minta abang belanja baju baru yang kat butik hari itu berharga RM150 pun abang sudah mula buat muka. Saya minta abang belanja Adimanja yang tengah viral itu abang suruh saya beli sendiri. Mahu makan sedap, tetapi tidak mahu keluar duit belanja. Baru RM180 kan? Saya korek juga simpanan baru semalam, saya beli sendiri sebab mahu usahakan juga bagi abang rasa sempurna.

    Mahu sedapkan abang. Takpa, saya bertabah saja dan faham. Ini abang kata saya tidak bagi cukup batin pada abang, tidak pandai layan tidak cukupkah kehendak batin abang?

    Wahai abang, sedarlah abang. Abang pun tidak cukupkan apa yang nafsu saya mahukan. Kita sama-samalah bertabah sebab sama-sama ada kekurangan. Saya terima kekurangan abang, tetapi abang?


    Saya tidak kisah abang mahu berkahwin lagi, sebab hidup kita ini memang untuk merasa bahagia dan gembira. Kalau pun berkahwin dengan perempuan itu buat abang rasa gembira abang teruskanlah, saya tidak kisah.

    Tetapi, benda itu tidak akan membuatkan saya gembira, malah merana jadi abang tinggalkan saya supaya supaya saya boleh hidup dengan gembira. Abang mahu ambil anak-anak abang, ambil semua ketujuh-tujuh mereka. Kalau tidak mahu biarlah saya yang menjaga. Kalau mahu bahagipun saya tidak kisah, tetapi kena tanya anak-anak mana pilihan mereka.

    Saya ada Ijazah Sarjana dalam Perundangan, tetapi saya berhenti bekerja sebab abang yang suruh saya berhenti untuk menjaga anak-anak yang ramai ini untuk abang. Berapa puluh ribu sudah mak dan ayah saya habiskan duit hantar saya belajar ke luar negara, tetapi saya berkorban juga impian saya untuk menjadi seorang peguam yang terbaik untuk abang, untuk suami yang tercinta.

    Tetapi malangnya, abang tidak pernah merasa bahagia. Abang silalah mencari bahagia dan saya teruskan kehidupan saya mencari kebahagian. Saya sedih bila abang mahu kahwin lagi, sebab sayang abang, tetapi sebab impian cinta kita tidak kesampaian.

    Untuk si janda anak dua itu, saya tahu awak selalu ada dalam page ini dan baca tulisan saya ini. Saya mahu bertanya, tidakkah awak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada diri awak dulu? Bekas suami awak tinggalkan awak kerana tergila-gilakan wanita lain dan sekarang kamu pula mahu hancurkan hati isteri dan anak-anak orang lain.

    Tidakkah awak merasakan cerita-cerita di dalam ini cukup untuk memberikan awak pengajaran supaya masing-masing menjaga hati dan hak masing-masing. Malas saya mahu sambung, nanti awak berkecil hati, bahasa lembut saya, “agaknya awak ni banyak sangat makan Adimanja itu yang jadi denyut-denyut kemut cari jantan lain ke?”

    Sumber : KRT via Oh My Media

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad