• Semasa

    Jambatan Setelu Tenggelam Lagi





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Jambatan Setelu Tenggelam Lagi - GUA MUSANG: Pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli yang menggunakan jambatan sementara Pulau Setelu di sini sekali lagi terputus hubungan apabila jambatan itu ditenggelami air sungai yang meningkat naik akibat hujan le­bat, petang tadi.

    Jambatan sementara itu teng­gelam petang tadi apabila hujan lebat berterusan di kawasan hulu hari ini.
    Air Sungai Nenggiri yang semakin naik dan melimpahi jambatan sementara menyebabkan kenderaan terkandas dan terpaksa  berpatah balik dan menggunakan jalan alternatif lain.

    Setiap kali hujan lebat jambatan ini sering tenggelam  dan memberi masalah kepada penduduk sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu.

    Keadaan laluan jambatan yang terputus akibat air sungai yang meningkat. - Astro AWANI

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad