Beri amaran kepada kerajaan Johor, Ini Respon Balas Sultan Johor kepada BNM
Beri amaran kepada kerajaan Johor, Ini Respon Balas Sultan Johor kepada BNM | SULTAN Johor mahu kerajaan bekerjasama dengan pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat tanpa mengira kaum dan agama, yang tidak mampu memiliki rumah sendiri pada kadar harga semasa sekarang, lapor Star hari ini.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda bimbang dengan perumahan mampu milik kerana berharap semua rakyatnya menikmati hasil pembangunan dan kemakmuran negeri.
“Harga rumah sekarang terlalu tinggi untuk kebanyakan orang. Mereka tidak mampu beli, mereka hanya mampu tengok saja,” katanya dipetik daripada Star.
“Saya berharap Bangsa Johor akan menjadi masyarakat yang memiliki rumah. Saya mahu rakyat semua bangsa memiliki rumah, bukan orang Melayu saja.”
Baginda berkata Johor perlu diberikan insentif khas bagi merangsang ekonomi dan sektor hartanah bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan pelawat luar negara ke Johor berbanding Kuala Lumpur.
“Kuala Lumpur kini lokasi tumpuan pelawat luar negara menetap dan saya mahu Johor Baru jadi nombor satu.”
Sultan Ibrahim berkata 25 tahun lalu, Dubai hanya perkampungan kecil nelayan.
“Mersing, Johor juga kampung nelayan yang kecil. Jika Dubai boleh jadi seperti sekarang, kenapa kita boleh ada Dubai kedua di Mersing?
“Saya berharap Bangsa Johor akan menjadi masyarakat yang memiliki rumah. Saya mahu rakyat semua bangsa memiliki rumah, bukan orang Melayu saja,” katanya.
Katanya, pada masa ini pemaju tidak dapat mencari pembeli walaupun ada unit tertentu yang dikhaskan untuk Bumiputera, menunjukkan kuota Bumiputera tidak berkesan.
“Saya tahu ada banyak skim perumahan mampu milik dalam pembangunan bercampur yang besar, tetapi rumah lebih murah pun masih tidak mampu untuk kebanyakan Melayu,” katanya.
Sehubungan itu, katanya sudah tiba untuk dasar itu disemak semula, lapor The Star.
Sultan Ibrahim kerajaan perlu mempertimbangkan untuk pengezonan kawasan tertentu bagi perumahan mampu milik.
Sebelum ini BNM telah memberi amaran kepada kerajaan negeri Johor
Bank Negara Malaysia telah memberi amaran keras kepada kerajaan negeri Johor akan keadaan ketidakseimbangan pasaran harta tanah yang semakin kritkal di Johor.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Buletin Suku Tahunan 2017, mentatakan bahawa negeri Johor mempunyai jumlah rumah yang tidak terjual yang tertinggi di Malaysia pada 27% daripada jumlah harta tanah tidak terjual di Malaysia.
Punca kepada banyak rumah tidak terjual adalah disebabkan oleh ketidakpadanan harga rumah dengan kemampuan isi rumah di Johor yang semakin hari semakin kritikal. Kewujudan rumah-rumah mahal atai tidak mampu milik semakin mendominasi pasaran perumahan di Johor.
Sepertimana kita maklum, makin ramai generasi muda di Johor yang tidak memilik rumah dan atas kegagalan ini Bank Negara Malaysia telah memberi amaran keras akan keadaan ini. Saya menggesa agar kerajaan negeri Johor berhati-hati dalam meluluskan sebarang projek perumahan akan datang.
Saya juga ingin memetik laporan rasmi oleh Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya “Making Housing
Affordable” yang juga meletakkan Johor sebagai julat 4.2 pada tahun 2016 yang meletakkan rumah di Johor sebagai “seriously unaffordable” atau sangat tidak mampu milik berdasarkan pendapatan median rakyat Johor.
Jangan biarkan masalah ini berlarutan sehingga pihak lain terpaksa membantu membina rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan rakyat hari ini. Sudah menjadi tanggugjawab kerajaan negeri dalam memastikan penyediaan rumah mampu milik di Johor diselia dengan baik.
Justeru, saya ingin memberi amaran kepada Kerajaan Negeri Johor untuk bertindak segera agar masalah ini tidak berlarutan dan rakyat mendapat menfaat yang terbanyak dalam sebarang pembinaan rumah kediaman di Johor.
Salahuddin Ayub
Timbalan Pengerusi PH Johor
No comments