• Semasa

    Apabila Pemimpin-pemimpin Dunia Dilukis Semula Menjadi ‘Hipster’





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Apabila Pemimpin-pemimpin Dunia Dilukis Semula Menjadi ‘Hipster’ - Amit Shimoni merupakan seorang artis yang berasal dari Tel-Aviv, Israel dan merupakan pencipta karya siri seni ’HIPSTORY’ ini.

    Sekiranya dahulu, hanya terdapat beberapa sahaja dari siri HIPSTORY telah dipaparkan. Sekarang, beliau mereka satu setiap dua bulan. Kini, beliau telah menghasilkan lebih 35 potret HIPSTORY.
    Rekaan versi ‘hipster’ individu tersebut berkaitan rapat dengan kehidupan sebenar individu tersebut.

    Sebagai contoh, Barrack Obama dilukis dengan tatu buku Moby Dick yang digemari oleh dirinya. Selain itu, Puteri Diana dilukis memakai kemeja-T yang memaparkan periuk api kerana beliau pernah menyokong projek mengenainya. Seterusnya, Einstein dilukis dengan tatu juga yang memaparkan hadiah ‘Nobel’.

    Amit telah menambahkan pelbagai lagi orang yang amat penting dalam sejarah manusia termasuklah Mahatma Gandhi, Nelson Mandela dan Martin Luther King. Individu lain seperti Trump, Kim Jong Un dan Vladimir Putin mungkin kurang digemari, tetapi mereka tetap penting dalam sejarah dunia ini. Maka mereka ditambah dalam sisi HIPSTORY juga.



















    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad