• Semasa

    Anak Datuk Kantoi Lalok Bersama Lelaki Negro





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Anak Datuk Kantoi Lalok Bersama Lelaki Negro - Datuk Shamsubahrin Ismail berjaya menahan anaknya dalam keadaan khayal bersama lelaki warga Afrika di sini kelmarin.


    Dibantu rakan dan penyiasat persendirian, ahli perniagaan itu menahan anaknya, 20 tahun, yang disyaki menjadi “duta kelab” atau pelayan pusat hiburan.

    Anak Datuk Kantoi Lalok Bersama Lelaki Negro


    Shamsubahrin, 50, sedih menemui anak gadisnya yang dicari sejak empat bulan lalu “kurus dan cengkung” dipercayai akibat dadah.

    Beliau mencekup anaknya, yang cuba melarikan diri, di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam Khamis.

    Keputusan itu terpaksa diambil kerana khuatir anaknya “dijadikan keldai dadah atau di penghujung pertemuan kami nanti adalah di tali gantung.”

    Shamsubahrin juga berkata lelaki Afrika terbabit, yang mengambil telefon bimbit anaknya, turut ditahan polis selepas cuba melarikan diri.

    Anaknya itu, yang ketiga, dihantar ke sebuah pusat pemulihan dadah kira-kira 1 pagi Jumaat walaupun pada awalnya gadis itu enggan mengikut bersamanya.

    “… saya tidak peduli kerana tidak mahu menangis di kemudian hari kerana terpaksa melihat anak gadis sendiri berada di tali gantung kerana mengedar dadah,” katanya, yang aktif dalam membela nasib pemandu teksi.

    Polis daerah Dang Wangi menyiasat lelaki warga asing itu bawah Seksyen 6 Akta Imigresen kerana masuk dan tinggal di negara ini secara haram.

    Ogos lalu, Shamsubahrin dilaporkan tidak mempedulikan kecaman ramai selepas mendedahkan isu anaknya itu kepada media.

    “Saya tahu ramai mengecam tindakan saya mendedahkan perilaku anak sendiri yang dikatakan memalukan ini namun sudah lama saya memberi peluang kepada dia, tetapi tidak diendahkan,” katanya.

    “…. saya tidak peduli kerana demi anak gadis Islam di negara ini saya sanggup berjuang habis-habisan melawan maksiat.”

    Anaknya, tidak dinamakan, meninggalkan rumah pada 29 Julai lalu dengan seorang wanita yang kemudian menyerahkan kepada ejen untuk menjadi “duta kelab”. - eberita

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad