• Semasa

    (Foto & Video) Terkini: Kebakaran Tercetus di Mid Valley





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    (Foto & Video) Terkini: Kebakaran Tercetus di Mid Valley - Kuala Lumpur: Satu kebakaran yang tercetus di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall sebentar tadi menyebabkan orang ramai terpaksa dikeluarkan dari bangunan tersebut.

    (Foto & Video) Terkini: Kebakaran Tercetus di Mid Valley


    Bomba dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 petang Sabtu dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.17 petang.

    Jurucakap JBPM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan menunjukkan kebakaran tersebut berlaku di aras bawah bangunan berkenaan.

    Difahamkan kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba.

    Dalam pada itu, netizen turut berkongsi video dan gambar saat cemas ketika kebakaran itu berlaku.
    Dapat dilihat asap memenuhi ruang di dalam bangunan terbabit dipercayai disebabkan oleh kebakaran itu.

    Dalam pada itu, ada satu video yang dimuat naik oleh netizen menunjukkan api yang sedang marak di sebuah kedai di dalam pusat beli belah itu.






    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad