• Semasa

    Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus dibanjiri orang ramai





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus dibanjiri orang ramai - KUALA LUMPUR: Pekarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, di sini terus menjadi tumpuan orang ramai seawal jam 7 pagi ini.
    Masuk hari ketiga tragedi tahfiz itu, ada ibu bapa yang membawa anak mereka untuk melihat sendiri lokasi kebakaran yang meragut 23 nyawa pelajar dan tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan.

    Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus dibanjiri orang ramai


    Ada pemandu kereta dan motosikal berhenti di bahu jalan sehingga menyebabkan kesesakan di laluan itu.
    Turut memberi penghormatan terhadap tragedi kebakaran itu adalah delegasi tahfiz dari Indonesia.
    Pengasas Rumah Tahfiz AlFitroh, Suryadi Zaini Muhamad Zain, berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu menerusi berita pada Khamis lalu.

    ORANG ramai datang untuk melihat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar di Kampung Keramat . - Foto Eizairi Shamsudin
    Katanya, ketika itu, beliau bersama enam orang yang lain baru tiba di Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi ujian hafazan di sebuah pusat tahfiz di sekitar ibu kota.
    Walaupun tidak mengenali pemilik Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, beliau berkata, lawatan itu adalah sebagai satu penghormatan kepada saudara se-Islam.
    "Saya turut merasai apa yang mereka rasai sebab saya turut memiliki sebuah pusat tahfiz di Jakarta.
    "Saya bersimpati dan bersedih terhadap apa yang berlaku. Kami doakan semoga keluarga mangsa tabah mengharungi musibah," katanya.


    sumber: www.bharian.com.my

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad