• Semasa

    Dr Maza Dapat Hadiah Motosikal Dengan Nombor Pendaftaran DM424





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Memiliki nombor pendaftaran kenderaan yang mempunyai signifikan nama masing-masing merupakan impian ramai orang hingga ada yang sanggup membidanya pada harga tinggi.

    Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bertuah apabila beliau dihadiahkan nombor pendaftaran kenderaan DM424 yang sama dengan signifikasi panggilan namanya, DMAZA.
    Rezeki berlipat ganda buat Mufti Perlis ini apabila beliau turut menerima hadiah sebuah motorsikal oleh sahabatnya.


    Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza memuat naik gambar beliau dalam posisi menunggang sebuah motosikal yang tertera nombor pendaftarannya 'DM424' di halaman Facebooknya pada Rabu lalu.

    “Terima kasih buat sahabat saya orang Kelantan yang menghadiahkan number plat ini (DM424 = DMAZA) bersama motosikal ini untuk diletakkan nombor berkenaan.

    “Susah payah mereka mencari dan memberikan kepada saya. Barakallahu fikum,” menurut Dr Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza di laman sosial.

    Sumber- DrMAZA.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad