SAYU !! Tayar Pembunuh Ayah dan Ibu... 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata (10 Gambar)

SAYU !! Tayar Pembunuh Ayah dan Ibu... 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata (10 Gambar) - Kuala Pilah : Tragedi tayar lori seberat 150kg tercabut lalu merempuh motosikal Yamaha Ego yang dinaiki oleh ibu dan ayah 5 beradik ini menyebabkan keduanya maut dan 5 beradik ini yatim piatu sekelip mata.
Tiga dari 5 beradik ini akan menghadapi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR hujung tahun ini manakala 2 dari mereka masig-masing berumur 20 dan 19 kini belajar di Universiti.
SAYU !! Tayar Pembunuh Ayah dan Ibu... 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata (10 Gambar)
Dalam kejadian di Kilomter 10, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berdekatan Ladang Juasseh dua tayar lori sarat membawa pasir tercabut lalu merempuh motosikal pasangan suami isteri itu.










Kejadian 10.55 pagi itu menyebabkan Azizan Sahari, 43, dan isteri Nor Baiti Awang, 44, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika pasangan terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Putra, sebaik mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Juasseh.
Sebaik tiba di lokasi, dua tayar bahagian tengah lori dipercayai seberat 150 kilogram tercabut lalu merempuh motosikal pasangan itu dari arah bertentangan.
Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke pagar berduri milik Ladang Juasseh manakala tayar berkenaan terpelanting ke kiri jalan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori berusia 49 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 198.
Apa yang berlaku mengudang pilu di tempat kejadian melihat anak-anak mangsa menangis disisi jasad ayah dan ibu mereka,Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bedah siasat.
Jasad kedua nya di solatkan selepas solat isyak di masjid Taman Anggerik Juasseh sebelum disemadikan di semadikan dalam 1 liang lahad lebih kurang pukul 10.15 malam tadi. Alfatihah
No comments