• Semasa

    Pelajar Buat Laporan Polis Selepas Dirotan Oleh PK HEM..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pelajar Buat Laporan Polis Selepas Dirotan Oleh PK HEM..

    Pelajar Buat Laporan Polis Selepas Dirotan Oleh PK HEM.. - Ismail menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas mendakwa tindakan PK HEM merotan anaknya tidak mengikut SOP.

    TUMPAT - Seorang lelaki mendakwa tindakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) sebuah sekolah yang merotan anaknya sebagai tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sebenar.

    Ismail Hamzah @ Mezah, 68, berkata, anaknya yang berusia 17 tahun dituduh ponteng kelas di sebuah sekolah menengah di sini, tetapi tidak dimaklumkan kes yang ke berapa kali.

    “Saya dipanggil pihak sekolah untuk memberi penjelasan dan berbincang. Bila saya tanya guru itu, berapa kali anak saya ponteng kelas, dia tak dapat jawab.

    “Saya ada bagi pandangan, mustahil ketika guru ada dalam kelas, ada pelajar dapat ponteng ke mussala,” katanya.

    Menurutnya, guru terbabit tidak bersetuju dengan pandangan itu dan mencabarnya melaporkan ke pihak atasan.

    “Sepatutnya mengikut SOP, selepas tiga kali perbincangan dengan ibu bapa, barulah seseorang pelajar boleh dirotan.

    “Mengikut pekeliling kuasa guru merotan murid, kuasanya pada pengetua dan bukannya pada guru terbabit dan setahu saya tiada surat kebenaran kuasa merotan itu.

    “Anak saya terus dirotan di hadapan saya, pada kali pertama saya hadir berbincang dengan pihak sekolah, waktu itu ada tiga lagi rakannya turut dirotan di hadapan ibu bapa masing-masing dan beberapa orang guru,” katanya.

    Menurutnya, ini bukan kali pertama guru PK HEM berkenaan bertindak melampau ke atas pelajarnya.

    Dia mendakwa tiga rakan anaknya pernah ditendang pada perut dan kepala dihantuk di dinding pada hujung tahun lepas.

    “Pernah juga seorang rakan anak saya ditampar lebih kurang 20 kali kerana mengaminkan doa secara kuat dan berbau rokok,” katanya.

    Menurutnya, laporan polis dibuat pada 30 Julai lalu dan tiga rakan anaknya turut membuat laporan polis pada hari sama.

    Menurutnya, dia akan adukan perkara ini melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan.

    “Jika aduan saya tidak mendapat perhatian, saya akan adukan melalui NGO,” katanya.

    Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, Che Omar Mohamad ketika dihubungi berkata, pihak berkaitan diarah menyiasat dakwaan itu.

    Sumber: Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad