• Semasa

    Tolong Doakan Saleem Iklim Kembali Pulih Seperti Biasa...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tolong Doakan Saleem Iklim Kembali Pulih Seperti Biasa...

    Tolong Doakan Saleem Iklim Kembali Pulih Seperti Biasa... - Doakanlah yang terbaik buat penyanyi kumpulan Iklim, Saleem yang dimasukkan ke Pusat Pakar UKM, Cheras semalam akibat demam panas sejak seminggu lalu.

    Tolong Doakan Saleem Iklim Kembali Pulih Seperti Biasa...


    Mengikut cerita daripada isterinya sendiri, Juriah @ Julia Bachok, Saleem, 55, atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed dibawa ke hospital selepas mengalami demam panas dan berada dalam keadaan lemah.

    "Abang Saleem kerap mengalami demam panas sejak kebelakangan ini. Buat masa ini punca sebenar penyakitnya belum dikenal pasti.

    Saleem dikatakan mengalami bengkak di bahagian testis dan sepatutnya menjalani pembedahan esok. Namun ia bergantung pada tahap kesihatannya.

    Cerita Macam Mana Boleh Sakit


    Menurut Julia, keadaan kesihatan Saleem masih baik ketika menyambut Aidilfitri di Benut, Pontian minggu lalu.

    Tetapi dia mula mengalami demam panas selepas menjayakan persembahan di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada hari raya ketiga lalu.

    "Abang Saleem mengadu terlalu penat sampai hilang selera makan dan saya segera membawanya ke Pusat Pakar UKM untuk pemeriksaan.

    "Demamnya masih kuat manakala jantungnya juga lemah. Doktor memberi bantuan oksigen bagi membantu pernafasannya. Sekiranya keadaan tidak berubah pembedahan akan ditangguhkan," katanya.

    Julia berkata, melihatkan keadaan Saleem sekarang, dia terpaksa menimbang untuk menolak beberapa tawaran persembahan yang diterima.

    "Sepatutnya dia akan membuat persembahan di Terengganu pada masa terdekat ini, tetapi saya kenalah tolak buat sementara waktu.

    "Terima kasih kepada Harry Khalifah dan Ameng Spring yang prihatin dengan kami serta syarikat rakaman Rusa Music yang menguruskan kemasukan abang Saleem ke sini. Saya minta semua pihak mendoakan agar kesihatannya kembali pulih," katanya.

    Moga Allah kembalikan rezeki kesihatan buat Saleem dan permudahkan segala urusannya.

    Sumber: Mingguan Wanita

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad