• Semasa

    Polis Dedah Punca Pembunuhan Kejam 8 Sekeluarga Di Krabi





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Polis Dedah Punca Pembunuhan Kejam 8 Sekeluarga Di Krabi - POLIS Thailand berjaya menangkap semua suspek yang terbabit dalam kejadian pembunuhan kejam lapan sekeluarga di Krabi, minggu lalu.

    Menurut polis, kumpulan tujuh lelaki berpakaian celoreng itu memasuki rumah Ketua Kampung Ban Klang, Vorayut Sanglang, di Krabi, Isnin lalu, sebelum menembak mati mangsa bersama tujuh anggota keluarganya, termasuk tiga kanak-kanak.

    Tiga mangsa yang ditembak, termasuk seorang wanita, terselamat selepas berpura-pura mati walaupun cedera.

    Ketua Polis Thailand, Chaktip Chaijinda berkata di Bangkok: “Tujuh orang (penjenayah) berada di tempat kejadian. Semuanya sudah ditangkap dan mengakui perbuatan mereka.”

    Menurutnya, polis percaya kejadian berlaku akibat perbalahan mengenai tanah antara ketua kampung berkenaan dengan seorang ahli perniagaan tempatan dikenali sebagai ‘Bang Fad’ yang juga sudah ditahan.

    Chaktip berkata, Bang Fad terbabit dalam pembunuhan itu manakala anggota lain dalam kumpulan berkenaan diupahnya dengan bayaran 1,000 baht (RM127) dan kemungkinan tidak tahu pembunuhan akan dilaksanakan.

    Berikutan kumpulan itu berpakaian celoreng, khabar angin tersebar di media Thai bahawa pembunuh berkenaan anggota tentera namun semalam, Chaktip menegaskan mereka adalah lelaki tempatan, ada yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

    Pembunuhan kejam itu menjadi tajuk utama media di Thailand yang menimbulkan kemarahan orang ramai. – AFP


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad