• Semasa

    Perintah Larangan Kemasukan Rakyat Dari 6 Negara Muslim Ini Akhirnya Berkuatkuasa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    (Foto: CNN)

    Perintah Larangan Kemasukan Rakyat Dari 6 Negara Muslim Ini Akhirnya Berkuatkuasa - WASHINGTON: Larangan Presiden AS Donald Trump terhadap kemasukan pelarian dan pengembara dari enam negara Muslim ke AS telah mula berkuatkuasa pada hari Khamis, selepas Mahkamah Agung AS pada minggu ini memutuskan untuk membenarkan perintah eksekutif Trump diterapkan, lapor Reuters.

    Pentadbiran Trump mengatakan pengharaman sementara ini adalah perlu untuk menyekat pengganas dari memasuki negara ini, tetapi pendukung imigran mendakwa bahawa ia adalah langkah diskriminasi yang hanya ditujukan kepada orang Muslim.

    Namun pengharaman 90 hari terhadap pengunjung dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman, dan larangan selama 120 hari terhadap pelarian, akan tetap memberikan pengecualian kepada orang yang mempunyai "hubungan keluarga dekat" di Amerika Syarikat.

    Tetapi para aktivis mengatakan kerajaan telah mendefinasikan "hubungan keluarga dekat" terlalu sempit, tidak termasuk hubungan dengan datuk dan nenek, cucu dan bapa saudara dan lain-lain.

    Ramai yang bimbang tentang pelaksanaan peraturan larangan sementara ini berkemungkinan akan menyebabkan kacau bilau, seperti mula diumumkan pada bulan Januari lalu.

    Aktivis 
    hak imigresen dan peguam sedang menunggu untuk membantu mereka yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York dan lapangan terbang lain untuk memastikan mereka dari enam negara dengan visa AS yang sah dibenarkan selepas larangan tersebut berkuatkuasa pada jam 8 malam hari Khamis.

    Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang dikecam ramai kerana tidak berjaya menangani banyak ketibaan ketika larangan itu pertama kali diumumkan pada Januari, menjanjikan pelaksanaan yang lancar pada masa ini.

    Mereka menegaskan bahawa mereka yang mempunyai visa sah yang dikeluarkan sebelum pengharaman bermula masih akan diterima, dan semua pelarian yang menempah perjalanan sebelum 6 Julai juga akan dibenarkan.



    Reaksi rakyat Amerika (Foto: popsugar.com)


    "Kami menjangkakan perniagaan seperti biasa di kemasukan pelabuhan bermula jam 8 malam malam ini," kata pegawai JKDN. "Rakyat kita sudah bersedia untuk ini."

    Pentadbiran Trump menegaskan larangan itu diperlukan untuk melindungi negara daripada ancaman keganasan, dan memberi pihak berkuasa imigresen lebih banyak masa untuk proses melakukan pemeriksaan latar belakang pelancong dan pelarian.

    "Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, kita hidup dalam masa yang sangat berbahaya, dan kerajaan AS memerlukan setiap alat yang ada untuk menghalang pengganas daripada memasuki negara ini dan melakukan tindakan pertumpahan darah dan keganasan," kata seorang pegawai kanan pentadbiran kepada pemberita Khamis.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad