• Semasa

    Kerana Takut Sakit Bila Potong Rambut, Lelaki Ini Tidak Memotong Rambutnya Lebih Daripada 50 Tahun Dan Lihat Apa Yg Terjadi Selepas Itu..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Kerana Takut Sakit Bila Potong Rambut, Lelaki Ini Tidak Memotong Rambutnya Lebih Daripada 50 Tahun Dan Lihat Apa Yg Terjadi Selepas Itu.. - Anda masih ingat bila kali terakhir anda memotong rambut anda? Sebulan lepas, dua bulan lepas atau mungkin satu tahun lepas? Semua itu belum cukup lama jika dibandingkan dengan lelaki tua ini. Percayakah anda lelaki Vietnam ini tidak pernah menggunting rambutnya selama lebih daripada 50 tahun? Dia sebenarnya mempunyai sebab untuk melakukannya.


    Kerana Takut Sakit Bila Potong Rambut, Lelaki Ini Tidak Memotong Rambutnya Lebih Daripada 50 Tahun Dan Lihat Apa Yg Terjadi Selepas Itu..


    Tran Van Hay dari Vietnam dikatakan mahu memiliki rambut terpanjang di dunia justeru itu, dia mula menyimpan rambutnya lebih daripada 50 tahun yang lalu. Selain itu, menurut isterinya suaminya akan sakit jika rambutnya dipotong dan dalam masa yang sama lelaki tua itu juga sangat takut untuk memotong rambut.


    Walaupun tidak diukur secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness, rambut Hay dianggarkan memiliki kepanjangan kira-kira 22 kaki panjang (6.7 meter) dan berat 23 pound (10 kg).


    Oleh kerana memiliki rambut yang agak berat, dia hanya membasuh rambutnya beberapa kali sahaja. Dia tidak membasuhnya selama 11 tahun yang lalu.

    Pada waktu siang, dia mengikat rambutnya di atas kepalanya dan menutupnya dengan selendang. Kerana dia tidak dapat memakai topi keledar, teksi motosikal enggan membawanya dan juga tidak mendapat kerja sebagai petani.


    Menurut isterinya, Nguyen Thi Hoa, Hay telah mengubah cara hidupnya selepas dia berhenti memotong rambutnya. Dia telah memutuskan untuk menjalani kehidupan sederhana yang menawarkan penyembuhan semula jadi kepada manusia.

    Malangnya, Hay meninggal pada tahun 2010 pada usia 79 tahun.

    Sumber: Era Baru

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad