• Semasa

    Kenyataan Polis Isu Viral Aksi Melampau Pasangan Di Lebuhraya Penang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kenyataan Polis Isu Viral Aksi Melampau Pasangan Di Lebuhraya Penang - Polis menafikan laporan portal berita kononnya sepasang suami isteri melakukan hubungan seks di tepi lebuh raya di Chagkat Kledang, Jawi, dekat sini hari ini.


    Kenyataan Polis Isu Viral Aksi Melampau Pasangan Di Lebuhraya Penang


    Berita itu menjadi viral di laman media sosial selepas portal berita itu memuat naik laporan berbahasa Inggeris bertajuk ‘Pasangan memohon maaf selepas melakukan hubungan seks di tepi laluan motosikal’.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, laporan yang turut memuat naik gambar seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar merah melakukan seks bersama wanita berbogel kemungkinan berlaku di luar negara.

    “Tempat kejadian seperti dalam gambar itu menunjukkan bukan di Malaysia. Lebuh raya kita tidak ada pagar berwarna hijau dan kedudukan tembok serta kereta juga menunjukkan bukan di dalam negara ini.

    “Kita juga tidak menerima sebarang laporan tentang kejadian itu dan tidak mengambil keterangan mana-mana pihak termasuk pasangan yang dikatakan tinggal di Jelutong,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

    Sebuah portal berita hari ini memuat naik berita itu selepas menerima gambar aksi kedua-dua pasangan tersebut daripada seorang pembaca menerusi emel yang kononnya berang dengan kejadian tidak bermoral itu ketika melalui lebuh raya berkenaan.

    Berdasarkan laporan itu, pasangan berkenaan tidak mengendahkan pemandu tersebut walaupun telah menjerit ke arah mereka menyebabkan dia mengikuti kedua-dua mereka ke rumah selepas kejadian.

    “Saya telah menemubual mereka di rumah dan lelaki itu memberitahu alasannya yang mahu hubungan seks luar biasa manakala wanita itu tidak berpuas hati dengan ruang kereta yang kecil,” kata pemandu itu seperti dipetik portal berita berkenaan

    Sumber: Eberita

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad