Tergamak Hang Noo 7 Kali Hang Tikam Tanpa Belas Kesihan .. Lelaki Tikam Kekasih Gara-gara Cemburu (8 Gambar)
Tergamak Hang Noo 7 Kali Hang Tikam Tanpa Belas Kesihan .. Lelaki Tikam Kekasih Gara-gara Cemburu (8 Gambar) - ALOR SETAR: Bapa saudara kepada seorang gadis yang ditikam seorang lelaki yang merupakan anggota tentera dan jurusilat amat terkilan dan marah apabila tergamak lelaki terbabit yang dikenali dengan nama Muhd Ilhami telah menikam anak saudara nya 7 kali tanpa belas kesihan.
Tergamak Hang Noo 7 Kali Hang Tikam Tanpa Belas Kesihan .. Lelaki Tikam Kekasih Gara-gara Cemburu (8 Gambar)
Ustaz Zahir Osman melalui laman sosial nya meminta Netizen dilaman sosialnya memviralkan kes ini sehingga tertangkapnya Muhd Ilhami yang disifatkan nya sungguh kejam.
Harian mertro melaporkan Seorang wanita cedera ditikam teman lelakinya selepas berselisih faham berhubung hubungan mereka di Taman Serindit, dekat Jalan Datuk Kumbar, di sini, petang tadi.
Mangsa berusia 23 tahun yang berasal dari Kampung Alor Gandas, di sini, bertemu suspek, 23, jam 7 malam untuk membincangkan soal hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata suspek tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya ingin memutuskan hubungan, sebelum berang dan menikam perut mangsa dengan senjata tajam.
"Suspek menikam bahagian perut mangsa beberapa kali, sambil bergelut, mangsa cuba mengelak menyebabkan jari dan lututnya turut cedera.
"Mangsa yang cedera serius iaitu pendarahan dalaman di bahagian perut kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan ambulans untuk rawatan," katanya.
Mohd Rozi berkata mangsa kini dirawat di Zon Merah HSB dan keadaannya dilaporkan stabil, namun masih lemah akibat pendarahan.
"Polis masih mengesan suspek yang dikatakan tinggal di Jalan Tun Razak, di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
No comments