• Semasa

    SEBAK !! Ayah akan rindu nak baca quran dengan syahid lagi .. Anak Bazli Unic meninggal akibat Kanser (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SEBAK !! Ayah akan rindu nak baca quran dengan syahid lagi .. Anak Bazli Unic meninggal akibat Kanser (6 Gambar)
    SEBAK !! Ayah akan rindu nak baca quran dengan syahid lagi .. Anak Bazli Unic meninggal akibat Kanser (6 Gambar)KUALA LUMPUR : " Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak "Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan Ayah.

    Selepas bertarung dengan barah Lymphoma sejak Disember lalu, Muhammad Syahid, anak kepada anggota nasyid UNIC, Bazli Hazwan, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. 

    Muhamad Syahid, 4, yang disahkan menghidap barah tahap ketiga selepas bengkak kecil pada bahagian leher, ketiak dan paru-paru pada Disember lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 7.23 pagi tadi.




    Keadaan Muhammad Syahid dilaporkan menjadi lebih serius terutama apabila bahagian dalam mulutnya itu dijangkiti ulser. Ini menyebabkan kedua-dua pipinya membengkak dan tidak boleh makan seperti biasa. Pemergian Muhammad Syahid, dikongsi Bazli di laman Instagramnya. 

    "Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan kita. Allah sayangkan Syahid," katanya. Jenazah akan dikebumikan di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zuhur ini. 

    Berita penderitaan adik Muhammad Syahid mula mencuri perhatian ramai sejak Mac lalu. Muhammad Syahid yang dirawat di HKL, sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi selama setahun. 

    Allahyarham adalah cahaya mata hasil perkahwinan Bazli dengan Asiah Abu Bakar. Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Assfan, yang kini berusia sembilan bulan. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad