• Semasa

    "Saya Membeli Sedikit Jualannya, Namun Apa Yang Beliau Lakukan Membuat Saya TERSENTUH" - Luah Mufti Ini





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Saya Membeli Sedikit Jualannya, Namun Apa Yang Beliau Lakukan Membuat Saya TERSENTUH" - Luah Mufti Ini - Ketika saya singgah untuk membeli makanan sahur, saya melihat kakak yang berniaga sendirian di hadapan Bank Islam Kangar tadi. Dia berniaga kerepek dan buah mempelam sala. Saya terharu melihatnya kerana jam sudah hampir 11 malam.

    "Saya Membeli Sedikit Jualannya, Namun Apa Yang Beliau Lakukan Membuat Saya TERSENTUH" - Luah Mufti Ini

    Saya singgah bertanya hal keadaan beliau. Beliau memberitahu beliau dari Simpang Empat Sanglang. Telah lama berniaga. Beliau ada suami dan anak istimewa. Zakat MAIPs memang ada membantu beliau namun dalam masa yang sama beliau juga ingin berusaha sendiri. 


    "Saya Membeli Sedikit Jualannya, Namun Apa Yang Beliau Lakukan Membuat Saya TERSENTUH" - Luah Mufti Ini


    Jiwa saya tersentuh mendengar cerita beliau. Saya membeli sedikit jualannya sebagai penghormatan kepada usaha beliau, kemudian menghulurkan sedikit bantuan. Beliau tidak meminta pun dari saya. Saya suruh isteri saya mengajak beliau makan di restoran berdekatan. Beliau menolak kerana katanya sudah makan masa bukan puasa tadi. Semasa saya hendak ke kereta beliau memberikan kepada saya buah mempelam. Saya menolak. 

    Namun beliau tetap ingin berikan. Saya rasa serba salah. Barangkali beliau ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan kecil tadi. Jiwanya mulia. Saya tersentuh.

    Sebenarnya saya sampai ke Perlis dari Mekah jam 1 pagi tadi. Pukul 8 pagi saya kena mempengerusikan mesyuarat KUIPs selama 2 jam lebih. Kemudian pukul 11 pagi mesyuarat kedua saya iaitu JK Mesyuarat Kewangan MAIPs. Walaupun amat letih pagi tadi, namun saya agak bersemangat apabila membincangkan masalah terdapat asnaf fakir miskin yang suka terus miskin agar mereka terus menerima bantuan. 

    Mereka enggan berusaha sekalipun sihat kerana selesa mendapat bantuan setiap bulan tanpa usaha. Kami bincang langkah-langkah mengatasi masalah itu. Saya amat dukacita apabila memikirkan zakat tidak membangunkan sekelompok masyarakat bahkan menjadikan mereka malas berusaha.

    Malam ini, rezeki Allah saya berjumpa dengan kakak ini. Sekalipun masih letih, melihat sikap beliau memberikan saya semangat. Semoga ramai orang sepertinya. Kita semua mesti membantu orang yang mempunyai sikap yang baik ini. Mari kita doakan agar Allah memudahkan rezeki orang yang seperti ini.

    Nabi s.a.w bersabda :
    لأن يَحتطبَ أحدُكم حُزمَةً على ظهرِه ، خيرٌ من أن يَسألَ أَحَدًا ، فيُعطيَه أو يمنعَه
    "Jika seseorang kamu mencari satu ikatan kayu api di atas belakangnya (untuk dijual) lebih baik dari dia meminta daripada orang lain, samada orang itu memberi atau tidak" (Riwayat al-Bukhari).

    Semasa dalam kereta saya ambil gambar kakak ini. Gambar samar sahaja. Harap status ini tidak menyusahkan beliau. Terfikir dalam jiwa saya betapa orang sepertinya lebih mulia di sisi Allah dibandingkan saya ini. Dengan ujian Allah terhadapnya, dia berusaha sedayanya. 

    Sementara saya dengan sedikit ujian nikmat ini, mampukah saya bersyukur kepadaNYA dalam erti yang mendalam sebagai seorang hamba Allah?!! 

    Ya Allah! Ampunilah.

    Sumber: DrMAZA.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad