• Semasa

    "Ini yang kita cari" - Luah Indra Wijaya





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Ini yang kita cari" - Luah Indra Wijaya

    "Ini yang kita cari" - Luah Indra Wijaya - Kuala Lumpur: “Ini yang kita cari,” kata jurulatih perseorangan lelaki negara Indra Wijaya selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan Datuk Misbun Sidek selaku Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki mulai bulan depan.

    Menurut jurulatih kelahiran Indonesia itu, secara peribadi beliau gembira dan terbuka dengan pemilihan Misbun untuk menggalas jawatan berkenaan seterusnya memimpin barisan kejurulatihan perseorangan lelaki negara yang sekarang ini agak terumbang-ambing tanpa pelapis berwibawa.

    “Saya, Hendrawan dan Sairul (Amar Ayob) bersedia untuk membantunya dan mengikut segala program yang bakal dirancang. Jadi kita dengan hati terbuka akan bekerjasama dalam segala tugas selepas ini,” katanya yang pernah membimbing perseorangan lelaki Korea Selatan.

    Jelas Indra, beliau mengenali Misbun selaku legenda badminton negara dan sempat berbual serta bertukar pandangan ketika bertemu di beberapa kejohanan sebelum ini.

    “Dulu saya pernah bertemu dengan Misbun ketika di kejohanan badminton dan ketika itu beliau masih lagi menjadi jurulatih di BAM. Bermula dari situ saya tahu bagaimana cara dan coraknya bekerja. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad