• Semasa

    Bulan Puasa Pun Si Ibu Tidak Berhati Perut





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Bulan Puasa Pun Si Ibu Tidak Berhati PerutSeorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di pondok belakang sebuah rumah di Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah di Parit hari ini.

    gambar hiasan


    Bulan Puasa Pun Si Ibu Tidak Berhati Perut


    Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat daripada pemilik rumah tersebut kira-kira pukul 7 pagi tadi, yang terkejut melihat bayi yang masih bertali pusat itu.

    "Siasatan awal mendapati bayi seberat 2.47 kilogram itu dipercayai baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam balutan kain di pondok tersebut.

    "Bayi itu dihantar ke Hospital Teluk Intan dan keadaannya tenat sehingga terpaksa menggunakan bantuan mesin. Ujian darah turut dilakukan untuk mengesan sebarang penyakit lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mohamad Zainal berkata bayi itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad