• Semasa

    Aku 'Bodoh' Kerana Isteri Aku Buat Air Tak Sedap Mengikut Selera Mereka... Kami Bercerai





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Aku 'Bodoh' Kerana Isteri Aku Buat Air Tak Sedap Mengikut Selera Mereka... Kami Bercerai
    Aku 'Bodoh' Kerana Isteri Aku Buat Air Tak Sedap Mengikut Selera Mereka... Kami Bercerai

    Maruah Isteri Tanggungjawab Suami..TAKE NOTED PARA SUAMI..
    Raya dtg lagi..

    Aku cuma nak berkongsi kisah aku supaya jgn ada yg mengulangi kesilapan yg sama. Aku berkahwin muda. Seawal usia 21 thn. Aku dan isteri aku sebaya. Aku bangga punyai isteri yg cantik, lemah-lembut, pengetahuan agama yg tinggi dan bersopan-santun. Tapi aku silap. Silap aku, aku membiarkan abg2 dan kakak2 aku membuli dan memperlekehkan isteri aku dihadapan saudara-mara setiap kali kami pulang ke kampung. Bila isteri aku mengadu, aku ckp isteri aku mengada-ngada kerana anggapan aku adik beradik aku sekadar ingin bergurau. 


    Aku 'Bodoh' Kerana Isteri Aku Buat Air Tak Sedap Mengikut Selera Mereka... Kami Bercerai


    Gurauan yg akhirnya menjadi penghinaan demi penghinaan terhadap maruah isteri aku sedang aku hanya mendiamkan diri walaupun ianya berlaku didepan mata. 


    Selepas 10 thn, aku dapati isteri aku mula berubah. Dia menjadi pemarah. Bahasanya semakin kasar. Makin aku marah, makin dia melawan. Yg peliknya, bila pulang ke kg aku.. walau dikutuk abg2 dan kakak2 aku.. isteri aku hnya tersenyum lemah tetapi sebaik menaiki kereta utk ke tempat lain. Isteri aku akn menjadi perengus dan perkataan 'Bodoh' tidak henti2 diucapkannya. Kami sentiasa bergaduh atas segala perkara. Akhirnya pada hari raya tahun lepas, aku lafazkan cerai di hdpn adik beradik aku apabila aku tidak tahan lagi dgn kata2 penghinaan abg2 aku yg mengatakan aku 'Bodoh' kerana isteri aku buat air tidak sedap mengikut selera mereka. Kami bercerai


    . Aku seperti tidak keruan sedangkan isteri aku cuma menitiskan air mata sambil bibirnya mengukir senyuman pahit. Aku ikut kata2 abg2 dan kakak2 aku yg mengatakan isteri aku akan sembah aku utk rujuk semula. Aku cuma perlu tunjuk lagak sbg lelaki.. hari demi hari aku tunggu.. isteri aku menghilang bersama 4 anak kami. Sehingga habis tempoh edah. Isteri aku tidak penah telefon atau dtg utk rujuk atau meminta nafkah anak2 yg sengaja aku tidak bagi atas hasutan adik beradik aku. Akhirnya Ramadhan ini, aku stalker isteri aku.. DIA DAH BERKAHWIN LAIN !!! 😩😩😩... Aku ekori siang dan malam. Aku lihat anak2 aku sgt mesra dgn lelaki yg mereka panggil papa. 

    Aku lihat ex wife aku sgt hormat kpd lelaki tu. Aku tak dpt tahan diri.. semalam aku sengaja solat maghrib di masjid yg selalu mereka pergi utk bertarawih. Aku sengaja solat bersebelahan lelaki itu. Akhirnya aku tewas bila anak lelaki aku memanggil aku ayah apabila menyedari aku ada di situ slps solat. Lelaki itu hnya mengangguk kepala dan tersenyum. Dia tersenyum sambil mengusap kepala anak lelaki aku dgn mesra. Sedang aku tidak pernah sekalipun menyentuh kepala anak2 aku begitu. Dan aku tanpa segan silu bertanya.. apa yg dia lakukan sampai bekas isteri aku nmpak sgt taat kpdnya. Dia ckp.. 

    "kata2 yg baik adalah doa. Dia dan keluarganya sentiasa bercakap baik tentang Marliyana (ex wife aku) dgn sesiapa shj. Itu doa dari kami utknya.." Aku terdiam. Baru aku sedar dari hari pertama aku berkahwin, aku tidak pernah mendengar adik beradik aku berkata yg baik ttg isteri aku.. yg aku dgr cuma 'isteri aku tak pandai masak' 'isteri aku buat air tak sedap' 'isteri aku masak tak sama macam keturunan kitorang masak' (walau hakikatnya kami hanyalah orang felda dan tak ada keturunan makbapak aku yg buat katering or jadi chef).. 'isteri aku pakai cantik sbb nk mengorat jantan' dan mcm2 lagi yg tak mampu aku sebut di sini... dan aku sbg suami hnya membiarkan shj. 


    tanpa sedar ianya melukai hati isteri aku dan merosakkan perkahwinan kami. So buat brader2 kat luar sana.. lindungilah isteri masing2 dari mulut2 jahat yg ada dlm keluarga korang.. jika tidak.. korang hanya akan ada isteri yg derhaka kerana kecewa dgn sikap 'tidak kisah' suami dan akhirnya korang akan beraya sendirian spt aku tahun ini..
    Allahu Akbar.. apa yang dah aku abaikan sbg suami ??????
    😭??😭😭😭
    #maruah isteri tanggungjawab suami.
    Copy and paste 😊

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad