SAYU !! Selamat Tinggal Mok.. Foto perjalanan terakhir Mualim Shimi hilang mu tiada ganti (8 Gambar)
SAYU !! Selamat Tinggal Mok.. Foto perjalanan terakhir Mualim Shimi hilang mu tiada ganti (8 Gambar) - Disaat sakit amat tenang ibu berada disisi tambahan pula dia siap menyuap makanan dikala mulut merasa tidak selesa dan tidak ada selera apa yang di suap oleh ibu akan rasa sedap.
Kisah seorang guru yang bernama Mohd Nurhashimi Bin A Manan yang melalui detik-detik yang amat sukar diduga dengan mengadapi penyakit dan akhirnya menghembus nafas terakhir.
Kisah ini telah dicerita kan sendiri arwah di laman sosialnya semasa menempuhi dugaan Allah itu, dia merupakan seorang guru atau lebih mesra dengan panggilan Mualim amat disenangi murid-murid dan insan-insan yang mengenalinya.
Dirinya kini dijemput ilahi, perjalanan terakhir hidupnya telah menyentuh hati rakan-rakan baiknya yang mengenali arwah antara sahabat-sahabat nya yang meluahkan perasaan sayu dan laman sosial.
Mi,
Aku rasa mcm tengah bermimpi yg mu xdop doh. Ak cuba bngun dri mimpi ak ni. Tpi akhirnye ak sedor, yg inilah realiti. Ak kne sedor hok mu xdop doh. Terima ksih mi utk semua memori, ilmu, kasih syg mu ke ak dan kluarga kita.
Ak syg mu, tpi Allah Ta'ala lgi syg ke mu. Allah ambik mu cepat2 sbb xnk mu tnggung sakit lama2. Alhamdulillah, sebulan je mu sakit, Allah terus ambik mu.
*Utk shbat2 smua, marilah kita byk2kan sedekah Alfatihah utk arwah. Smoga dgn sedekah kita ni, mmudahkn urusan arwah di sana. InsyaAllah.
Mi,
Terima kasih....
Alfatihah
(Mohd Nurhashimi bin A. Manan) - Credit Mohd Nur Hakiki
PERJALANAN TERAKHIR
Kelmarin, bangun tidur tengok whatsapp, aku dapat berita kawan baik aku meninggal. Mandi2, terus aku tembak ke airport amek flight balik Terengganu.
Sepanjang perjalanan dalam flight, otak aku tak berhenti berfikir.
_Apa membe aku tengah buat sekarang?
_Roh dia kat mana sekarang?
_Dia tahu ke aku nak pergi tengok dia ni?
_Masa dia tengah sakit tu macamna perasaan dia ya? Apa yang ada dalam otak dia?
_Apa rasa nak tinggal kan dunia ni? Nak tinggal mak ayah, kawan2 dan keluarga?
Sepanjang Flight tu, air mata mengalir tanpa aku sedar. Then aku fikir. Kalau dia boleh pergi harini, mungkin aku pun boleh pergi harini.
Terus berpusu2 soalan lintas dalam otak aku.
_Kalau aku mati harini, boleh ke aku mengadap Tuhan dengan tenang?
_Kalau aku mati harini ada ke orang yang akan kenang aku?
_Ada ke kesan yang aku dah tinggal pada dunia? Atau aku mati sama macam orang lain?
Waktu sampai Rumah Arwah. Aku sedar sesuatu. Hujung hayat aku nanti, orang2 yang akan ada di sisi mayat aku, yang akan usung mayat aku ke kubur hanya lah ibu bapa, anak isteri dan kawan2 rapat saja.
Friends & Followers aku di media social yang berpuluh Ribu takkan ada bersama aku. Yang akan datang doakan aku mungkin beberapa ratus orang sahaja.
Tapi kita harini lagi sibuk cari harta dan luang masa di FB & IG dari luangkan masa dengan mak ayah, isteri dan anak2.
Yang akan ikut aku ke Kubur nanti 3 benda. 2 akan balik, 1 akan tinggal dengan aku.
Harta, Keluarga, Amalan. Harta dan keluarga akan balik tinggalkan aku. Hanya AMALAN yang akan tinggal dengan aku.
Aku harap kalau aku Pergi dulu. Korang teman lah aku dalam PERJALANAN TERAKHIR AKU. Doakan aku yang baik2.
Jangan tertipu dengan Usia Muda. Kerana MATI tu bukan syarat nya TUA. Membe aku baru umur 27, sama macam aku. Tapi dia pergi dulu.
Kita yang masih hidup. Lebih kan masa dengan orang2 yang betul2 PENTING untuk kita. Mak ayah, Isteri, Anak2, Kawan2.
Sentuh hidup seramai mungkin. Aku harap hidup aku yang singkat dan hasil karya2 aku ni, ada tinggal sedikit bekas pada diri korang.
Kalau aku pergi dulu. TEMAN LAH AKU dalam perjalanan terakhir aku.
Dalam kenangan-
Mohd Nurhashimi Bin A.Manan 1990~2017
Credit : Afnan Rosli
Semoga roh mualim Simi tenang disana insan yang paling sedih dengan pemergian arwah pasti nya ibu arwah yang dipanggil " Mok " hari ini adalah hari ibu ..pasti pilu ibu ini merindui anak nya. Al fatihah
No comments