SAYU !! Sayang tunggu Abang .. Suami meninggal lepas 2 jam isteri meninggal kemalangan (6 Gambar)
SAYU !! Sayang tunggu Abang .. Suami meninggal lepas 2 jam isteri meninggal kemalangan (6 Gambar) - Marang : Hari pertama puasa yang paling menyedihkan buatkeluarga Ustaz Daud Setaffa dan Isteri nya Ustazah Maimun Mamat apabila mereka terlibat dalam kemalangan petang semalam.
Dalam kemalangan tersebut Ustazah Maimun terlebih dahulu dijemput ajal ditempat kemalangan manakala Ustaz Daud meninggal dunia di Hospital 2 jam selepas itu.
SAYU !! Sayang tunggu Abang .. Suami meninggal lepas 2 jam isteri meninggal kemalangan (6 Gambar)
Suasana ditempat kejadian sungguh pilu bila melihat Ustaz Daud yang terduduk di atas rumput sambil melihat isteri nya meninggal dunia didepan mata, dia terdiam seribu bahasa seseolah terkedu mungkin menahan sakit pada dalaman badan nya.
Ustaz Daud akhir nya hembus nafas terakhir diHospital selepas 2 jam bertarung nyawa impak kemalangan tersebut, apa yang berlaku sungguh memilukan.
Harian Metro melaporkan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 36 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Serating, Marang, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.35 petang, Maimun Mamat, 48, dan suaminya, Daud Setaffa, 55, meninggal dunia selepas parah di badan dan kepala.
Maimun yang juga guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya yang juga guru agama meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Tiga lagi penumpang kereta termasuk anak kepada pasangan berkenaan iaitu Mohammad Fadhil dan Nor Najihah serta seorang lagi kanak-kanak, Adam Ibrahim yang cedera dirawat di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva dipandu Daud dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kereta Nissan Latio dipandu lelaki yang datang dari arah bertentangan memasuki laluan mangsa sebelum melanggar bahagian depan Perodua Viva itu.
"Penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala semua mangsa dibawa ke HSNZ Kuala Terengganu untuk rawatan.
"Bagaimanapun, pemandu Perodua Viva meninggal dunia jam 7.32 petang tadi sebelum jenazah pasangan suami isteri itu dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat," katanya.
Mohd Suhaimi berkata, pemandu Nissan Latio hanya cedera ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan
No comments