• Semasa

    Kacang Tumbuh Dalam Telinga Budak 6 Tahun Ini..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kacang Tumbuh Dalam Telinga Budak 6 Tahun Ini..

    Kacang Tumbuh Dalam Telinga Budak 6 Tahun Ini.. | BEIJING – Seorang budak lelaki terpaksa menjalani pembedahan selepas sebutir kacang tersangkut di dalam telinganya tanpa disedari, malah sudah bercambah sebelum berjaya dikeluarkan.

    Kacang tersebut ditemui ibunya, dikenali sebagai Peng ketika cuba membersihkan telinga kanak-kanak berusia enam tahun itu, Haohao, pada 24 April lalu.
    Doktor tempatan mengesahkan butiran di dalam telinga Haohao memang tumbuhan kekacang yang sudah pun bercambah di dalam saluran telinganya.
    Kacang Tumbuh Dalam Telinga Budak 6 Tahun
    Pakar telinga, hidung dan tekak, Dr. Zhang Xiao Chun berkata, dia terkejut melihat kacang berkenaan jauh di dalam rongga telinga kanak-kanak itu.
    “Mungkin ia termasuk ke dalam telinganya tanpa disedari ketika Haohao bermain pasir atau mungkin juga rakannya memasukkannya ke situ tanpa disedarinya,” katanya.
    Kacang Tumbuh Dalam Telinga Budak 6 Tahun
    Menurutnya, kacang itu berjaya dikeluarkan selepas pembedahan selama 30 minit.
    Dr. Zhang berkata, keadaan suhu di dalam telinga sekitar 37 darjah Celsius dan lembap amat sesuai untuk pembesaran kacang.
    Haohao kini semakin pulih dan akan dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari.-Pen Merah Press
    Kredit:mynewshub

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad