China Siapkan Masjid Ke-3 Terbesar Di Dunia Yang Akan Bertahan Selama Seribu Tahun
China Siapkan Masjid Ke-3 Terbesar Di Dunia Yang Akan Bertahan Selama Seribu Tahun - DUNIA bakal menyaksikan satu lagi seni bina yang hebat apabila negara dari benua Afrika iaitu Algeria kini dalam proses membina sebuah masjid yang diiktiraf sebagai ketiga terbesar di dunia apabila siap nanti.
Masjid yang akan siap sepenuhnya pada tahun ini adalah hasil kerjasama antara syarikat kejuruteraan pembinaan dari China dan tempatan iaitu Algeria sendiri dengan pelbagai seni reka bentuk yang hebat.
China Siapkan Masjid Ke-3 Terbesar Di Dunia Yang Akan Bertahan Selama Seribu Tahun
Djamaa El Djazair atau Bouteflika, masjid yang berharga lebih dari satu bilion euro (RM4 bilion) itu bakal menempatkan dewan solat seluas 20,000 meter persegi yang mampu memuatkan hingga 120,000 jemaah selain menara setinggi 264 meter yang dianggap tertinggi setakat ini.
“Kami berterima kasih kepada rakan dari China yang menghasilkan karya seni bina ini. Ia akan ditulis dalam sejarah sebagai karya monumental seni bina agama.
“Ia adalah sebuah bangunan yang megah, yang melambangkan persahabatan antara Algeria dan China,” kata Menteri Perumahan Algeria, Abdelmadjid Tebboune.
“Selepas lima tahun berusaha, kami telah berjaya melepasi tahap pertama kejayaan untuk mencapai kejayaan pembinaan masjid ini,” kata Ketua Pengarah CSCEC di Algeria, Zhou Sheng.
Kompleks yang mula dibina pada 2012 itu terletak antara pusat tarikan pelancong dan daerah golongan bekerja yang sebelum ini menjadi kawasan pelampau Islam.
No comments