• Semasa

    Benarkah Ikan Paus Yang Menelan Nabi Yunus Masih Hidup Sehingga Sekarang?..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Benarkah Ikan Paus Yang Menelan Nabi Yunus Masih Hidup Sehingga Sekarang?.. - Umat Muslim sudah pasti mengetahui kisah tentang Nabi Yunus AS yang pernah ditelan ikan besar di tengah-tengah lautan sebagai bentuk peringatan dari Allah SWT kerana telah meninggalkan umatnya. Kisah tersebut telah diceritakan dalam Al-quran surat Ash-Shaffat ayat 139-148. 

    Benarkah Ikan Paus Yang Menelan Nabi Yunus Masih Hidup Sehingga Sekarang?..
    Gambar Sekadar Hiasan


    Benarkah Ikan Paus Yang Menelan Nabi Yunus Masih Hidup Sehingga Sekarang?


    Dalam masa yang teramat lama, Nabi Yunus tinggal di dalam perut ikan tersebut, terumbang-ambing mengharungi lautan samudera. Akhirnya, Nabi Yunus sedar akan kesilapannya kerana meninggalkan umatnya.Lalu, Nabi Yunus meminta keampunan daripada Allah. Selepas Allah menerima taubat Nabi Yunus, barulah ikan besar tersebut memuntahkan Nabi Yunus dalam keadaan masih hidup. Ikan itu pun kembali ke lautan meninggalkan Nabi Yunus sendirian.

    Doa Nabi Yunus Ketika Berada Dalam Perut Ikan Paus

    Kisah antara Nabi Yunus dan ikan besar yang menelannya memang tidak diceritakan secara detail dalam Alquran. Walaupun Nabi Yunus sudah meninggal ribuan tahun lalu, maka, adakah benar ikan yang pernah menelannya masih hidup sehingga sekarang?


    Berdasarkan surat Ash-Shaffat ayat 145, Allah menerangkan jika seandainya saat itu Nabi Yunus bukan tergolong orang yang tidak mengingati Allah atau bertaubat, maka beliau akan tinggal di dalam perut ikan tersebut sehingga hari kiamat.



    "(ayat 139) Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul, (ayat 140) (ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan, (ayat 141) Kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. (ayat142) Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. (ayat 143) Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, (ayat 144) Nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. (145). 



    (Q.S Ash-Shaffat ayat: 139-148).



    Dari ayat tersebut dijelaskan bahawa Nabi Yunus akan terus tinggal di dalam perut ikan besar itu sehingga 'hari berbangkit' seandainya tidak bertaubat. Menurut beberapa tafsir, hari berbangkit ini ditafsirkan sebagai Hari Kiamat.



    Dalam erti kata lain, ikan tersebut akan jadi tempat tinggal dan tempat kewafatan Nabi Yunus sehingga hari kiamat tiba. Oleh kerana itu, ikan yang pernah menelan Nabi Yunus dianggap masih hidup sampai sekarang.

    Tetapi benar atau tidak ikan itu masih hidup, hanya Allah yang mengetahui. Wallahua'lam Bissowab.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad