• Semasa

    Bapa potong kemaluan & cungkil mata remaja yang dituduh meniduri anak gadisnya





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Bapa potong kemaluan & cungkil mata remaja yang dituduh meniduri anak gadisnya - LAHORE, PAKISTAN - Seorang bapa berang bertindak memotong kemaluan dan mencungkil kedua-dua mata seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana menyangka remaja itu meniduri anaknya, dakwa keluarga mangsa, lapor Mirror.

    Mangsa dikejarkan ke Hospital Jinnah dan sempat diselamatkan, namun mangsa menjadi buta selama-lamanya akibat serangan itu. 

    Bapa potong kemaluan & cungkil mata remaja yang dituduh meniduri anak gadisnya


    Difahamkan insiden itu berlaku pada Selasa lalu dan kini keluarga mangsa mahu mengambil tindakan undang-undang serta menuntut keluarga gadis itu bertanggungjawab. 

    Bapa mangsa mendakwa, bapa gadis berkenaan bersama dengan tiga lagi rakan telah menculik dan menyerang anaknya kerana menyangka mangsa telah meniduri anak gadisnya itu. 

    "Bapa gadis itu bersama rakannya telah menculik anak kami dari sekolah dan membawa ke ke sebuah tempat berhampiran sungai Ravi. 

    "Mereka dengan zalimnya telah memotong kemaluan dan mencungkil mata anak saya sebagai tindakan membalas dendam sebelum melarikan diri," katanya. 

    Mangsa ditemui dalam keadaan parah oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan, lalu segera membawanya ke hospital. 

    Kes itu kini disiasat oleh Polis Lahore dan telah menahan kesemua suspek yang terlibat. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad