6 Makanan Ni Jangan Letak Dalam Peti Sejuk - Selalunya lebihan makanan semua kita akan sumbat dalam peti sejuk. Tak kisahlah apa pun sebab kita rasa makanan tu akan kekal elok jika kita letak dalam peti sejuk. Malangnya, ada 6 makanan yang kita biasa letak dalam peti sejuk ni salah.
6 Makanan Ni Jangan Letak Dalam Peti Sejuk
1. Buah tembikai - Apa sahaja buah yang banyak air elakkan letak dalam peti ais, kalau tak ia akan jadi lembik dan rasanya lain.
2. Makanan tin - Bila cecair dalam tin tu beku dan mengembang. Boleh menyebabkan ia meletup
3. Timun - Timun kalau letak dalam peti sejuk akan mengecut dan hilang kesegarannya.
4. Makanan panas - Meletakkan makanan panas ke dalam peti sejuk akan menurunkan suhu peti sejuk dan menyebabkan bakteria untuk berkembang dan merebak.
5. Telur - Telur bila letak dalam peti ais akan memberi kesan kepada putih telur dan kuning. Kulit telur pun boleh crack.
6. Kentang - Kentang kalau letak dalam peti ais menyebabkan ia bertukar jadi hitam
No comments