(5 Gambar) "Sampai Hati Kau Racun Kucing-Kucing Aku Sampai Mati!"
"Sampai Hati Kau Racun Kucing-Kucing Aku Sampai Mati!" - Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing-kucing kami. Bukan seekor tetapi tiga ekor!
Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk berwarna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.
"Sampai Hati Kau Racun Kucing-Kucing Aku Sampai Mati!"
Pada awalnya kami cuma tersedar seekor sahaja yang tiba-tiba berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tidak lama selepas itu, seekor lagi berbuih mulutnya. Okay, kami yakin in memang diracun!
Terus pergi ke rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa yang sama juga, seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan itu. Kami bawa kucing itu balik dan beri minum air kelapa. Namun tidak lama selepas itu, mulutnya pula berbuih.
Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor kucing kami mengerang kesakitan dan mati di depan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kelapa, air arang, air tanah dan air garam sebagai penawar. Kucing-kucing kami hanya mampu bertahan seketika sahaja kerana racun tersebut terlalu kuat.
Mereka tidak mampu bersuara, hanya gelisah meronta menahan kesakitan yang tidak dapat dibayangkan. Namun dari pandangan matanya, kami tahu mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui. Kalaulah penderitaan itu dapat kami tanggung, ya Allah.
Lebih menyedihkan lagi bila mengenangkan kucing kami yang baru sahaja melahirkan anaknya minggu lalu dan seekor lagi sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak. Semuanya pergi sekelip mata.
Kau memang kejam jiran! Tahukah anda hukuman di akhirat kelak? Sekiranya anda tidak tahu, perlukah anda berniat jahat terhadap haiwan?
Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing-kucing aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.
Kepada penduduk Taman Batu Gajah Perdana, Pusing, Perak, sila berjaga-jaga dengan manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana mereka lebih teruk dari binatang!
Kucing 1: Baru melahirkan anak minggu lepas. Kini tinggal anak-anaknya tanpa ibu.
Kucing 2: Tengah sarat bunting..sampai tercirit menahan sakit.
Kucing 3: Kucing kesayangan mak, sangat manja
Sisa ikan bilis kami campak ke dalam longkang, takut dimakan kucing lain.
Plastik yang mengandungi racun.
No comments