Anak Hanya Rapat Dengan Kita Sehingga Dia Berusia 12 Tahun
Anak Hanya Rapat Dengan Kita Sehingga Dia Berusia 12 Tahun - Semalam aku mengeteh bersama tiga lagi rakan dari jam 11 hingga jam 1.30 pagi. Macam-macam hal yang kami bincang dan borakkan. Di antara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
"Anak-anak kita ini, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu, dia mula masuk ke sekolah asrama.
"Makin jauh dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itupun kalau kita tak sibuk," katanya.
Anak Hanya Rapat Dengan Kita Sehingga Dia Berusia 12 Tahun
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberikan idea dan pandangan. Kesimpulannya, kamu semua bersetuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah, walaupun anak itu tidak ke asrama sekalipun, dia sudah meningkat remaja. Bila menginjak usia remaja, dia mula ada rahsia, mula ada rasa ingin berteman, mula ingin ruang untuk diri mereka. Biasalah, remaja. Kita pun pernah jadi remaja, kan?
Mereka mula pandai berdikari, tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap, jauh sekali.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. Enam bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi perniagaan yang seterusnya.
Bila tanpa kerja, seharian dia berada di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah dan melayan apa jua permintaan mereka. Penat, tetapi dia puas. Letih tetapi hubungan dia dengan anak lebih berkualiti dan rapat.
Anak Hanya Rapat Dengan Kita Sehingga Dia Berusia 12 Tahun
"Agaknya Allah sengaja menguji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak," ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar barunya itu. Lebih gah dan besar berbanding perniagaan sebelum ini. Tetapi kali ini dia sudah pandai membahagikan masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah 'tegur' dia dulu dan kali ini dia ingat.
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang di masa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja. Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa. Harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya. Jangan sehingga anak itu membesar, hanya tinggal kenangannya dengan bibik yang kekal di ingatan. Jangan!
Anak itu harta dunia akhirat.
No comments