SAYU !! Lelaki Maut Dipanah Petir Ketika Cari Rezeki.. 8 Anak dan Isteri Hilang Tempat Bergantung (6 Gambar)
SAYU !! Lelaki Maut Dipanah Petir Ketika Cari Rezeki.. 8 Anak dan Isteri Hilang Tempat Bergantung (6 Gambar). GUA MUSANG : Hidup mereka kais pagi makan pagi namun mereka bersyukur diberi seorang ayah yang amat penyayang dan bertanggung jawab pada keluarga.
Kini ayah tiada lagi, ayah nya maut di panah petir, turut maut adalah seekor beruk peliharaan arwah.
Sedih lihat 8 beradik ini kehilangan ayah mereka bagaimana nasib mereka, Mereka telah hilang tempat bergantung.
Dalam pada itu Kosmo melaporkan seorang peniaga yang sedang mengupas kulit buah kelubi di sebuah bangsal di hadapan rumahnya di Kampung Tanah Puteh di sini maut di sambar petir, semalam.
Mohd. Syamsudin Muda, 52, maut di tempat kejadian pada kira-kira 7 malam akibat kecederaan di bahagian perut dan paha.
Katanya, seekor beruk jantan yang ditambat berhampiran bangsal berkenaan turut mati.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, mangsa seorang
diri di bangsal itu manakala isteri, Norazila Mohamed Nor, 39, dan lapan anaknya berada di dalam rumah.
"Rumah itu kira-kira 20 meter dari bangsal tersebut yang menjadi tempat Mohd. Syamsudin berehat bersama keluarga setiap hari sambil mengupas kulit buah kelubi untuk dijual," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
No comments