• Semasa

    FAM Takkan Tarik Diri, Jangan Jadikan Bola Sepak Sebagai Kambing Hitam - Kata Hamidin





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    FAM Takkan Tarik Diri, Jangan Jadikan Bola Sepak Sebagai Kambing Hitam - Kata Hamidin YANGON - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan mereka tidak akan menarik diri dari kejohanan Piala AFF Suzuki meskipun ada pihak yang mendesak berbuat demikian, lapor Berita Harian.


    Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, mengikut mana-mana statut persekutuan termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kofederasi Bola Sepak Asia (AFC), bola sepak adalah berkecuali daripada politik, agama dan semua aspek. 

    "Saya tegaskan bahawa FAM tidak akan menarik diri daripada Piala AFF Suzuki. Kalau kita mahu menarik diri, ia sepatutnya dibuat lebih awal dan isu Rohingya ini sudah lama. 

    "Saya berpendapat, mengapa FAM atau bola sepak yang menjadi mangsa terhadap isu ini? Kenapa tidak lihat kepada perkara lain? Jadi ini boleh menjejaskan moral pemain," katanya pada sidang media sebentar tadi. 

    Hamidin berharap, keputusan yang dibuat Jemaah Menteri pada mesyuarat esok dan mana-mana pihak tidak menjadi bola sepak sebagai 'kambing hitam' dalam isu yang membabitkan etnik Rohingnya di Myanmar. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad