• Semasa

    "4 Lebuhraya Berhak Naik Tol Tahun 2017" - Kata Pak Menteri Yang Sangat Prihatin Ini





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "4 Lebuhraya Berhak Naik Tol Tahun 2017" - Kata Pak Menteri Yang Sangat Prihatin Ini. KUALA LUMPUR: Selaras perjanjian konsesi, empat lebuh raya berhak menerima kenaikan kadar tol, menjelang tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. 


    Beliau berkata, ia merangkumi Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). 

    "Anggaran jumlah pampasan tol pada tahun 2017 bagi empat lebuh raya berkenaan adalah RM59.77 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan), di Dewan Rakyat, hari ini. 

    Guan Eng bertanyakan hasil perbincangan kerajaan dengan 12 syarikat konsesi yang akan dinaikkan tol tahun depan, selain jumlah pampasan kepada syarikat terbabit jika tindakan itu tidak dilaksanakan. 

    Ahli Parlimen Bagan itu turut meminta penjelasan mengapa tol di semua Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak dimansuhkan walaupun syarikat konsesi mendapat pulangan kos pelaburan membina dan menyelenggara. 

    Fadillah berkata perjanjian konsesi asal Lebuhraya PLUS yang dimeterai pada 1988 sepatutnya tamat pada 2018. Bagaimanapun, katanya, ia terpaksa ditangguhkan berikutan tiga penstrukturan semula kadar tol Lebuhraya PLUS yang dilaksana kerajaan pada 1999, 2002 dan 2011. 

    "Selepas penyelarasan, semua konsesi tol lebuh raya di bawah syarikat PLUS Berhad, termasuk Lebuhraya Utara Selatan akan berakhir pada 31 Disember 2038," katanya. lapor bharian.com.my

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad