Sayu : Pergilah anakku, ayah izinkan..Sejak tiga hari lalu saya nampak keningnya sudah jatuh (4 Gambar)
Sayu : Pergilah anakku, ayah izinkan..Sejak tiga hari lalu saya nampak keningnya sudah jatuh (4 Gambar)
Along tak nak mati lagi itu lah ungkapan yang paling sayu dan amat menyedihkan, Along terpaksa pergi sayang.. “Pergilah anakku, ayah izinkan,” itu kata Azri Mat Ali, 27, beberapa saat sebelum anak tunggalnya, Muhammad Harith Darwish Azri, 4, menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya, jam 3.45 petang kelmarin.

Harith Darwish menghidap kanser otak tahap empat jenis Ependymoblastoma sejak Januari tahun lalu.
Azri berkata, dia dan isteri sudah lama bersedia dengan takdir ditentukan Ilahi dan reda dengan pemergian anak tunggal mereka meskipun lebih setahun Harith ‘bertahan’ dengan penyakitnya.
Sebelumnya anak yang mesra disapa Along itu, telah menjalani pembedahan pada Februari lalu dan doktor tidak memberi jaminan hayat anaknya mampu bertahan lama memandangkan kondisi yang agak teruk.
Menurut Azsri yang bekerja sebagai pekerja Awam di Jabatan Landskap dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).semangat juang anaknya untuk terus hidup selepas pembedahan yang tanggung oleh kerajaan membuatkan mereka kini masih dapat bersama,beliau buat apa saja kerja tambahan untuk memenuhi biaya rawatan dengan ubat-ubat anaknya yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 3,000 sebulan.
Dikitip dari harian metro tiga sebelum Darwish meninggal dunia,anak mereka itu menunjukkan tanda tanda ajalnya sudah dekat.
“Kami sudah tidak sanggup melihat dia menderita melawan penyakit, kami reda dengan pemergiannya. Kami anggap itu yang terbaik. Dia pun tidak sabar untuk ke syurga.
“Sejak tiga hari lalu, saya nampak keningnya sudah jatuh. Saya dan isteri sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Bagaimanapun anak pasangan Azri Mat Ali 27 dan Nursyazliana 26,Harith Darwish menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya, jam 3.45 petang kelmarin.
No comments