• Semasa

    SAYU !! Kami Berbual Hingga Talian Terputus.. Dia Hilang dan Maut di Pulau Perak - Luahan Isteri (10 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Kami Berbual Hingga Talian Terputus.. Dia Hilang dan Maut di Pulau Perak - Luahan Isteri (10 Gambar)

    BALING : Isteri Koperal Mohd Faizol Rosli yang ditemui maut lemas semasa bertugas di Pulau Perak menceritakan detik terakhir dia dan arwah suami berhubung kira-kira sebulan yang lalu sebelum arwah suami pergi buat selamanya, berbual sehingga talian telefon terputus akibat tiada liputan rangkain.
    Anak sulung seorang daripada anggota tentera yang dilapor hilang selepas terjatuh ke laut di Pulau Perak perairan Langkawi dekat sini, mulai rindu bapanya.
    Tiga hari selepas kehilangan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, anaknya, Nur Wasiim Aqilah, 3, seolah-olah mengetahui ada yang tidak kena apabila melihat kediaman mereka di Kampung Keda Kemangi, dekat Kupang, di sini, tidak putus-putus dikunjungi sanak saudara dan rakan.







    Isteri Mohd Faizol, Siti Aminah Abdul Hamid, 31, mengakui hiba setiap kali Aqilah bertanyakan bapanya.
    “Aqilah mula bertanyakan bapanya kerana dia dan anak bongsu kami yang berusia setahun memang rapat dengan suami.
    “Aqilah asyik melihat gambar bapanya dan memanggilnya, membuatkan saya sebak,” katanya ketika dihubungi pagi ini.
    Dalam kejadian jam 4.40 petang kelmarin, Mohd Faizol dan Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Sabah dilapor hilang di Pulau Perak selepas terjatuh ke laut ketika mengambil air.
    Jenazah Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, yang maut akibat terjatuh ke laut di Pulau Perak berhampiran perairan Langkawi, selamat dikebumikan sebentar tadi. 
    Jenazah anggota tentera dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Oran, Perlis itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kuang, dekat Kupang, di sini, kira kira jam 1.30 pagi tadi.
    Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan dengan diusung tujuh anggota 4RRD diketuai Sarjan Jazruddin Gayu, manakala bacaan talkin disempurnakan abang ipar arwah, Mohd Fadhil Abdul Hamid. 
    Suasana hiba menyelubungi kediaman dengan kehadiran sanak saudara serta rakan setugas arwah sejak awal petang lagi, yang turut serta mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad