• Semasa

    Sayu : Berehat dengan tenang sayang..ibu redha permergian mu 2 tahun kamu menderita (4Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Besut : Selepas dua tahun menderita, akhirnya Mohammad Syafi Mohd Syarizan, 7, yang mengidap kanser rahang, meninggal dunia di rumah keluarganya di Taman Selasih, Padang Landak di sini, hari ini.
    Mohammad Syafi yang dijangkiti barah ‘Infantile Fibrosarcoma’ sejak dua tahun lalu, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 3 petang tadi, di pangkuan ibunya, Norzuriana Madri, 38, dan bapa, Mohd Syahrizan Ibrahim, 39.
    Menurut Norzuriana, sebelum menghembus nafas terakhir, air mata Mohammad Syafi kelihatan bergenang dan turut disaksikan adik beradik Allahyarham.


    “Saya reda dengan pemergian arwah selepas dua tahun lebih menderita sakit dan terlantar di rumah,” katanya.
    Menurutnya, anaknya itu ada menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Rabu lalu, dan ketika itu berada dalam keadaan baik.
    Bagaimanapun, katanya, kesihatan arwah agak terjejas sejak malam tadi sehingga dia menghembus nafas terakhir petang ini.
    Hampir 95 peratus tulang rahang Mohammad Syafi reput akibat barah itu namun minggu lalu, bapanya Mohd Syahrizan berkata, anaknya masih mampu menyedut susu yang disalur melalui lubang hidung dan dia akan tetap berusaha merawat anaknya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad