• Semasa

    Makanan Sunnah! Khasiat Buah Delima Yang Ramai Orang Tak Tahu, Si Buah Syurga





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Makanan Sunnah! Khasiat Buah Delima Yang Ramai Orang Tak Tahu, Si Buah Syurga

    Buah delima adalah antara buah-buahan terkenal di dunia dan menjadi kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. Buah ini berasal dari tanah Iran, berbentuk bulat sebesar buah limau, berkulit keras dan isinya berbiji-biji serta manis berjus apabila di makan.

    Dalam sesetengah masyarakat, buah delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. contohnya menjadi lambang kesuburan dalam perkahwinan di negara-negara Timur Tengah dan di China.

    Buah delima disebut sebagai buah syurga, firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud: “Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima”.

    Buah ini tidak asing lagi dalam perubatan dan kecantikan kerana kandungan nutrisinya yang sangat baik untuk badan.

    Berikut antara kebaikan dan khasiat buah delima:

    1. Melambatkan proses penuaan

    Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

    2. Mengembali dan memulihkan sel

    Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.Minyak dalam biji buah delima yang kaya dengan nutrisi memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit.

    3. Merawat muka berminyak dan berjerawat

    Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

    4. Mengelakkan keguguran rambut

    Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

    5. Melindungi kesihatan jantung

    Melalui kajian Proceedings of the National Academy of Sciences, jus delima mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri serta mengeluarkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology, pesakit  koroneri  (PJK) yang makan jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

    6. Mencegah dan mengubati kanser

    Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser.

    Kanser payudara: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan mengekalkan sel-sel sihat. Ia juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
    Leukemia: Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

    7.  Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer

    Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Tikus tersebut telah mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan menggerakkan tugas mental dan otak dengan baik.

    8. Menyembuhkan Anemia

    Buah delima terbukti mampu merawat penyakit sel darah merah rendah atau anemia. Nutrisinya mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang mampu meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah serta meransang pembiakan sel darah merah.

    9. Mengurangkan risiko kanser prostat

    Pengambilan buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada menghidap penyakit-penyakit tersebut.

    10. Baik untuk sistem penghadaman

    Buah delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

    Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)”

    Kredit: lelakisihat.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad