• Semasa

    Lelaki Letak Resume Dalam 40 Kotak Donut Dan Hantar Ke Semua Syarikat Yang Dia Mahu Bekerja





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    Syarikat yang besar-besar mesti mahupun pekerja yang fresh dan boleh berfikir di luar kotak. Tapi seorang lelaki ni memang berfikir dan lakukan sesuatu yang diluar kotak apabila meletakkan resumenya dalam 40 kotak donut dan hantar ke semua syarikat yang dia mahu bekerja. Wah! 

    Lukas Yla ingin mencari kerja baru selepas dia berpindah dari Eropah ke US. Dia tahu hantar resume melalui email tak ada siapa akan perasan memandangkan saingan sengit di San Francisco. Jadi, dia gunakan cara lain yang pasti buatkan semua syarikat buka mata akan kehadirannya. 

    Hanya dengan menggunakan satu tagline, "Most resumes end up in trash – mine in your belly" daripada 40 buah syarikat yang dia hantar resume, ada 10 sudah memanggilnya. Berbaloi kan? Dalam resume tu dia ada lah letak URL link kepada resumenya di LinkedIn.

    Jadi, korang kalau nak cari kerja dalam dunia yang penuh persaingan ni baik guna cara lain daripada yang lain okay? Baru orang rasa kita istimewa sikit. 


    Sumber: ERA fm

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad