• Semasa

    Korang Kena Berhenti Minum Air Teh O Ais Sebelum Terkena Penyakit Ni ((SEBARKAN))





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    Kalau lepak kedai mamak atau mana-mana restoran makanan , air kebiasaan orang ramai akan order mesti Teh o Ais. Sebenarnya, air Teh o Ais sangat bahaya jika diambil setiap hari. Kalau korang tak percaya, satu kes sudah berlaku di Amerika Syarikat, apabila seorang lelaki mengalami kegagalan buah pinggang setelah minum air Teh o Ais melebihi empat liter setiap hari.

    Untuk pengetahuan korang, teh hitam itu mengandungi banyak kandungan garam asid atau oksalat yang boleh menyebabkan buat pinggang. Lelaki tersebut sudah mengambil jumlah oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari gara-gara pengambilan air Teh o Ais yang tidak terkawal

    Setelah diperiksa, air kencing lelaki tersebut dipenuhi gentian Kristal kalsium oksalat dan pakar menasihatkan agar badan manusia tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari. Oksalat dalam makanan harian kita ialah sayur bayam, coklat, kacang dan gandum.

    Jadi pengajaran dari kisah ini, kurangkan pengambilan air teh o ais atau apa air manis sekalipun. Lebih bagus jika amalkan minum air putih. Jaga kesihatan korang dengan baik okay ! 

    Sumber: THR gegar

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad