• Semasa

    "Hampir Setiap Hari Aku Saksikan Fasa Kematian Seorang Manusia"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    http://infoterbaiik.blogspot.com/2016/10/hampir-setiap-hari-aku-saksikan-fasa.html

    Aku student aliran perubatan dan kesihatan di salah sebuah kolej naungan kerajaan. Kerja merawat orang, sekarang tengah praktikal. Lagi satu semester nak habis, inshaAllah. 

    Sepanjang perjalanan berpraktikal di hospital, banyak perkara yang aku sudah lalui walaupun hanya sebagai seorang 'student'. Tahu sajalah di hospital ada banyak ragam manusia yang tidak pernah dijangka. Seronok, sedih, geram, meluat, nervous semua bercampur baur. 

    Tetapi aku nak cerita satu kisah sedih yang paling deep pernah aku rasa setakat ini semasa aku menjalani praktikal di Jabatan Kecemasan di sebuah hospital di utara Malaysia. 

    Masa itu, aku bertugas syif petang dari jam 2.00 petang hingga 9.00 malam di zone merah. Zon untuk pesakit yang paling kritikal. Jam 7.45 malam, baru ada dua pesakit di zon merah. Satu kes serangan jantung, satu lagi kes sawan. Kedua-dua pesakit sudah stabil. Seorang sedang tunggu untuk masuk wad, seorang lagi menunggu keputusan CT Brain. Ada lima katil yang masih kosong. 

    Tengah-tengah isi tanda vital patient (tekanan darah etc), tiba-tiba tiga siren berbunyi (kes yang sangat kritikal) baru sampai. Jadi kami pun prepare katil dan apa yang patut. Pintu merah sudah dibuka, ambulans sudah terpacak di depan pintu. Pesakit diusung keluar, nampak banyak luka di badan. 

    Oh, ini kes MVA ni (kes kemalangan)"

    Terus pindahkan pesakit ke atas katil. Pesakit perempuan, umur lingkungan 30'an, Melayu. Check tanda vital semua, pesakit masih sedar. Doktor buat penilaian fizikal. Aku pun jengah-jengahlah juga. Dalam hati kata, 

    Banyak luka nak kena jahit ni sebab banyak luka terbuka. 

    Tengah-tengah nak bagi ubat, siren berbunyi lagi. Bila tengok, ada dua lagi ambulans. Semua pesakit dibawa masuk dan dipindahkan ke katil. Semua kes kemalangan.Rupa-rupanya mereka semua satu keluarga. Kemalangan di lebuh raya antara kereta dengan lori. Semua mangsa ada empat orang, suami, isteri dan dua orang anak. Seorang berumur 6 tahun dan seorang lagi 3 tahun. 

    Doktor memanggil dan beri stimulus. Tiada rangsangan. Si ibu sudah tidak keruan, duduk atas katil dan perhatikan keluarga sebaris katil dengannya. Dia menangis dan meraung memanggil si suami. Allah, sedih rasanya. Air mata ini nak menitis tetapi aku tahankan dan terus fokus membantu menenangkan si ibu. 

    Hasil penilaian tahap kesedaran si ayah sangat rendah (GCS 3/15). Begitu juga dengan anak yang berumur 3 tahun. Tekanan darah semakin merundum, kedua-duanya sudah tidak bernafas. Doktor mula memberikan arahan untuk melakukan CPR. Aku apa lagi, paling dekat dengan si ayah. Skrin ditutup, mula memanjat katil dan melakukan tekanan dada. Abang MA buat CPR pada si anak.

    Suasana tegang dengan tangisan si ibu dan anaknya yang telah stabil. Bunyi mesin pun hilang. Sambil CPR, doktor lakukan proses intubation (masuk tiub bantu pernafasan). Kawan aku terus baging. Kami bertukar-tukar melakukan CPR. 

    Hampir 20 minit, masih tiada denyutan nadi walaupun ubat adrenaline telah diberi. Aku tak tahu apa yang berlaku pada si anak di sebalik tirai. Doktor meminta kami berhenti dan memeriksa nadi. Abdsent. Sambil menggeleng "waktu kematian 8.27pm". 

    Aku rasa si isteri dengar apa yang doktor kata. Semakin kuat raungannya. Si anak yang berumur 3 tahun itu juga turut meninggal dunia, pergi berjumpa Tuhan bersama dengan ayahnya. 

    Tak dapat aku bayangkan, si isteri merangkap si ibu boleh turun dari katil terhincut-hincut membawa splint di kaki kiri berbekal kekuatan kaki sebelah kanan memeluk erat tubuh sejuk si suami. Bertukar ke tubuh kaku si anak sambil meraung. 

    Aku kelu dan diam membatu. Cuma menyaksikan peristiwa pilu di depan mata. Hati menjadi sayu. 

    Si anak berumur 6 tahun masih menangis, kesakitan mungkin. Tetapi masih belum tahu yang adik dan ayahnya sudah tiada. 

    Banyak lagi perkara yang korang tak tahu apa yang berlaku di sebalik tirai. Hampir setiap hari aku menyaksikan fasa kematian seorang manusia. Bermacam-macam jenis, tak kira bangsa apa. Insaf. 

    Tabik dengan staff medical line. Mereka boleh berhadapan dengan situasi seperti ini hampir setiap hari. InshaAllah. Doakan aku berjaya menghabiskan perjuangan berbaki 7 bulan. Tak sabar rasanya nak membantu orang. - Najwa (IIUM Confessions) | The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad