• Semasa

    Cara Berkesan Dan Mudah Atasi Masalah Tumit Kaki Kering, Kasar Dan Pecah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    Bila tumit kaki terlalu kering, anda mesti rasa tak selesa dan malu, lagi-lagi masa nak menggayakan sandal ataupun kasut tumit tinggi. 

    Dah cuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah ni tapi hasilnya tetap mengecewakan.

    Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia menandakan kulit anda terlalu kering. Bila kurang air, kulit di bahagian tumit dan tapak kaki akan menjadi kering.

    Untuk merawat kaki anda, tak perlu membazir wang merawat bahagian bermasalah di spa mahupun berjumpa doktor. Guna je bahan-bahan berikut untuk merawat tumit kaki anda itu:

    1. Bawang Merah

    Perah jus bawang merah, kemudian sapukan pada tumit kaki anda. Amalkan selalu.

    2. Asam Jawa

    Lumurkan asam jawa pada tumit kaki anda, kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam bukit.

    3. Betik Muda

    Gosok getah betik muda pada tumit kaki anda. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Sebaiknya, amalkan 2 kali seminggu

    4. Rumput

    Gesek tumit kaki kat rumput yang masih berembun di waktu pagi.  Lakukan setiap hari sehingga tumit kaki anda dah tak kering lagi.

    Sumber: Wanista

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad