• Semasa

    Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang. RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

    Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.


    Penyakit Buah Pinggang

    Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

    Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang


    Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

    -Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
    -Darah keluar bersama-sama air kencing.
    -Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
    -Sakit belakang.
    -Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
    -Bengkak pada pergelangan kaki.
    -Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

    Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

    Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

    Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

    Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

    Punca Menghidap Penyakit Buah Pinggang


    Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

    Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

    Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

    Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

    Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

    Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

    Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

    Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

    Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

    Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

    Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.


    Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Merawat Nya Dengan Terapi Air Putih

    SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK

    11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang

    1. Kerap tahan kencing
    2. Kurang minum air
    3. Suka makan makanan masin
    4. Suka minum minuman bergas.
    5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
    6. Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid)
    7. Kerap makan Pil Tahan Sakit
    8. Merokok
    9. Obesiti
    10. Alkohol
    11. Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..

    Buah Pinggang Kita. Amanah Allah.. 

    Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri?

    Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sbg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri.

    Air yg kita minum blm tentu 100% steril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. 

    Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt myebabkan penykit buah pinggang.

    Subhanallah, setiap perintah & larangn Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.

    Terapi air putih :

    1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dpt mbersihkn organ2 dalaman.

    2. Mnm seglas air,30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.

    3. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.

    4. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.

    Sebarkan tips sihat ini sabagai nasihat yg bermanfaat.

    SAMA2 KITA PAKAT AMAL.

    Insha Allah


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad