Tak Tahan Lagi Berdalih, Menteri Ini Dedahkan Siapa Sebenarnya MO1, Dah Agak Dah!
Tak Tahan Lagi Berdalih, Menteri Ini Dedahkan Siapa Sebenarnya MO1, Dah Agak Dah!
PETALING JAYA: 'Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu mengesahkan perkara itu dalam satu temu bual dengan British Broadcasting Corporation (BBC) baru-baru ini.
"Saya telah menyatakannya secara terbuka. Jelas sekali jika anda membaca dokumen-dokumen, ia adalah perdana menteri," BBC
memetik beliau sebagai berkata, dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Who is Malaysian Official 1? Case Closed' yang disiarkan di laman webnya, Khamis.
Bagaimanapun, Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan bahawa Najib tidak dinamakan dalam laporan DOJ itu kerana beliau tidak terlibat dalam siasatan.
"Tetapi saya juga menyatakan bahawa, mengapa DOJ tidak menamakan beliau dengan nama betulnya? Ini kerana beliau bukan sebahagian daripada penyiasatan ini.
"Ada orang lain yang dinamakan...dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan," kata Abdul Rahman.
DOJ memfailkan saman sivil pada Julai tahun ini, untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana dari 1MDB yang disalahgunakan.
1MDB adalah cabang pelaburan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2009.
Kredit: mstar.com.my
No comments