• Semasa

    Selepas Galaxy Note 7, iPhone 7 Pula Meletup (5 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Selepas Galaxy Note 7, iPhone 7 Pula Meletup (5 Gambar)

    PUTRAJAYA - Seorang individu yang menggunakan nama 'kroopthesnoop' baru-baru ini memuat naik gambar telefon pintarnya di laman Reddit dan imgur, mengadu iPhone 7 miliknya itu meletup, lapor Tech Times.

    Gambar iPhone 7 berwarna 'Matte Black' yang disandar pada kotaknya menunjukkan bahagian depan peranti itu terbuka selepas dipercayai terbakar. 

    Difahamkan, individu berkenaan telah membuat pembelian secara online di laman Apple dan penghantaran dibuat oleh syarikat kurier, UPS. Namun sebaik menerima penghantaran tersebut, dia terkejut bila mendapati iPhone 7 itu berada dalam keadaan terbuka dan hangus terbakar.

    "Saya tidak pasti tetapi ada sesuatu yang berlaku sama ada di kilang ada semasa proses penghantaran," kata pemilik iPhone tersebut. 

    Berdasarkan gambar tersebut, besar kemungkinan iPhone 7 itu terbakar/meletup berpunca dari masalah bateri, seperti yang terjadi pada Samsung Galaxy Note 7 baru-baru ini.





    Difahamkan, ini merupakan aduan pertama yang melibatkan model iPhone 7. Sementara itu, syarikat pengeluarnya, Apple, masih belum mengeluar sebarang kenyataan berhubung kejadian itu sama ada ia merupakan kes terpencil atau terdapat unit-unit lain yang terlibat. Malah, UPS juga tidak memberi sebarang reaksinya berhubung isu ini.

    Kejadian itu masih belum disahkan, namun telah menjadi persoalan orang ramai. Sekiranya benar dakwaan itu dan bukan kes terpencil, ia pasti akan menimbulkan kebimbangan para pengguna.

    Terdahulu, seorang lelaki melecur tahap ketiga di bahagian paha apabila telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 miliknya meletup dalam seluar, sehari selepas Samsung mengumumkan penarikan balik model berkenaan.

    Ekoran dari kejadian itu juga, hampir kesemua syarikat penerbangan melarang penumpangnya menggunakan peranti tersebut ketika dalam penerbangan. - The Reporter

    1 comment:

    1. Bardzo interesujÄ…ce. Pozdrawiam serdecznie.

      ReplyDelete

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad