• Semasa

    "Sekejap Sangat Saya Jadi Isteri Awak, Saya Janji Nak Jaga Awak Tapi..." - Luahan Sayu Wanita Ini..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    Sayu membaca luahan hati isteri kepada arwah Muhammad Shaidi Othman yang terlibat dalam kemalangan maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang lori, semalam. 

    Hey awak, selamat pagi sayang. Minggu lepas waktu ini saya hantar depan rumah, awak nak pergi kerja. Suruh tunggu nak rasa macam mana rasa balik kerja ada isteri di rumah. Syoklah tu balik-balik saja saya ada. Hek! Tapi hari ini saya hantar yassin pada awak. Hee! 

    Ingat tak kita selalu melawak kalau saya pergi dulu macam mana? Kemudian awak pun sibuk tanya soalan yang sama juga. Tiru! Begini rasanya bila awak tak ada. Kosong, kering.


    Awak-awak. Kelmarin, cukup enam tahu awak add saya di Facebook. Saya hampir-hampir remove awak sebab ingat awak mat rempit mana yang add saya. Tetapi saya tak delete. 

    17 Oktober 2010, awak komen di status saya. Kemudian bersambung di chat box. Dua tiga bulan kita berkawan, barulah awak minta nombor telefon saya. Itu pun payah sangat nak minta. 

    Kemudian mulalah berkawan sehingga 19 Julai 2011, awak macam bagi hint-hint yang awak nak saya jadi insan yang istimewa dalam hidup awak. Itu pun payah nak beritahu. Main tarik tali sungguh!

    Kita pun berjanji untuk setia sampai bila-bila sebab kita sama-sama pernah kecewa dulu. Saya sentiasa ingat ayat awak itu. Saya pun berjanji akan menunggu awak. Memang saya benar-benar menunggu! Tiap kali nak keluar, mesti kena tunggu. Selepas itu, mulalah saya nak merajuk. Tetapi bila tengok muka awak, tak jadi nak marah. Itu yang saya geram sangat. Haish! 

    Kemudian, saya habis belajar tapi awak belum lagi. Tak apa, saya kata. Saya boleh tunggu sebab saya nak awak tahu yang saya sentiasa beri sokongan pada awak. 

    Alhamdulillah selepas berkawan selama enam tahun, awak pun dah kerja. Impian kita nak berkahwin pun dah mula nampak. Kita bertunang pada 24 Disember 2015. Kemudian kita pilih tarikh 16 September 2016 sebagai tarikh perkahwinan sebab kononnya nanti nak cutilah sambut anniversary. 

    12 hari awak jadi suami saya, cukup-cukup enam tahun kita berkawan di Facebook. Alahai sayang, sekejap sangat saya jadi isteri awak. Saya janji nak jaga awak kan, tetapi sekarang Allah yang jaga awak. 

    Terima kasih untuk segala-galanya, awak. Saya sayang sangat pada awak. Dari awal kita berkawan, saya ikhlas sayang awak, sabar dengan segala ujian yang datang, semuanya untuk awak. 

    Impian saya nak tengok awak berjaya pun, semua awak dah bawa pergi bersama. Semua sayang awak, semua kata awak baik. Betul, awak baik. Kalau saya serabut, awaklah yang tolong saya sebab nanti awak juga yang serabut kepala. 

    Okay awak. Nanti saya hantar surat lagi okay. Duduk baik-baik di sana. Allah ada jaga awak. InshaAllah. Dari saya untuk awak wahai suami, isteri awak yang nak sangat panggil awak abang walaupun awak kata awak tak kisah saya nak panggil awak apa pun. - Nurnaqiah Mahadzir | The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad