• Semasa

    SAYU !! Budak 4 Tahun Maut Dihempap Beg Udara Mengembung





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    BESUT - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terkena beg udara yang mengembung selepas kereta dipandu ayahnya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderan di Jalan Kampung Gong Kemuntong, Jertih dekat sini hari ini.

    Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari, hentaman beg udara dari kereta Suzuki Swift tersebut menyebabkan leher Mohd. Syawal Amsyar Mohd. Fakhruzi patah.

    Difahamkan, Mohd. Syawal Amsyar dan ahli keluarganya yang menetap di Subang Jaya, Selangor dalam perjalanan pulang bercuti di Kampung Baharu Tok Dor, Jertih sempena Hari Raya Aidiladha dan Hari Malaysia.

    Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kemalangan melibatkan kereta dinaiki mangsa berlaku ketika lalu-lintas sesak dan turut melibatkan dua buah kenderaan lain iaitu Perodua Kelisa dan Proton Iswara.

    Beliau berkata, sewaktu kejadian, kereta Suzuki Swift dinaiki Mohd. Syawal Amsyar yang di pandu ayahnya, Mohd. Fakhruzi Sepian @Jusoh, 32, dalam perjalanan menghala ke pekan Jerteh dari Kampung Baharu Tok Dor dekat sini.

    “Semasa kejadian mangsa berdiri di tempat duduk penumpang depan dengan memakai tali pinggang keledar manakala ibunya, Norma Mohd., 30, berada di tempat duduk penumpang belakang,” kata beliau kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad