• Semasa

    "Saya Tak Bersalah" - Luahan Pelajar Tahfiz Ini





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    SUBANG JAYA - Seorang pelajar tahfiz membuat laporan polis kerana telah dipukul oleh tiga orang gurunya di atas tuduhan yang tidak dilakukannya. 

    Dalam kejadian pada 9 September di asrama Maahad Tahfiz Al Mawaddah, Kampung Seri Langkas, Batu 13, Jalan Klang, Puchong itu, mangsa, Nadim Iman Muhamad Yusof, 15, telah dipukul dengan getah paip dan ditampar di pipi.

    "Saya telah dipanggil keluar oleh Ustaz Fikri  dan Ustaz Farith yang mendakwa saya telah menceroboh masuk bilik Ustaz Fikri berdasarkan rakaman CCTV. Padahal saya tidak masuk ke biliknya itu. 

    "Kemudian mereka telah memukul saya dengan menggunakan getah paip dan menampar pipi saya beberapa kali. Selepas itu, mereka suruh saya keluar ke depan asrama. Setalah keluar, Ustaz Amir tiba dan terus bersama-sama mereka memukul saya," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 10 September lalu di Balai Bukit Puchong. 


    Difahamkan, sebelum ini pernah berlaku kes yang sama di mana seorang pelajar tahfiz berkenaan telah dipukul dengan kayu sehingga mangsa patah tulang bahu. Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecacatan kekal. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad