“Sampai Hati Anak Murid Buat Saya Macam Ni” - Guru Wanita Kongsi ‘Peristiwa Hitam’ Sehingga Dia MALU untuk Mengajar !!
“Sampai Hati Anak Murid Buat Saya Macam Ni” - Guru Wanita Kongsi ‘Peristiwa Hitam’ Sehingga Dia MALU untuk Mengajar !!
Assalamualaikum. Berat untuk saya menulis luahan hati ini sebab takut dikatakan tak ikhlas dalam mendidik anak bangsa,tetapi percayalah saya tergerak hati untuk menulis confession ini kerana saya mahukan pelajar sekarang tahu erti hormat kepada insan yang mencurahkan ilmu kepada mereka. Sebelum itu, saya memohon maaf kerana saya kurang pandai menyusun jalan cerita dan sekiranya confession ini akan melukakan hati mana-mana pihak saya mohon maaf.
Assalamualaikum. Berat untuk saya menulis luahan hati ini sebab takut dikatakan tak ikhlas dalam mendidik anak bangsa,tetapi percayalah saya tergerak hati untuk menulis confession ini kerana saya mahukan pelajar sekarang tahu erti hormat kepada insan yang mencurahkan ilmu kepada mereka. Sebelum itu, saya memohon maaf kerana saya kurang pandai menyusun jalan cerita dan sekiranya confession ini akan melukakan hati mana-mana pihak saya mohon maaf.
Saya merupakan seorang guru sekolah menengah yang agak petite dari segi saiz badan. Jika disebut tentang kerjaya seorang guru, sudah pasti kita akan terbayangkan seorang guru yang bermuka bengis, sentiasa berperwatakan tegas, berjalan tegak bersama rotan dan buku yang dipegang kemas serta yang paling penting semestinya seorang guru itu bersuara lantang. Apa yang hendak saya highlight kan disini ialah tentang BERSUARA LANTANG. Selama setahun saya mengajar di sekolah ini terlalu lama saya memendam perasaan, berkecil hati dengan anak murid yang tidak menghormati saya kerana suara saya yang begitu kecil.
Sewaktu awal-awal saya mula mengajar, bila saya masuk kelas semua murid diam sebab saya buat muka garang. Tapi bila saya mula membuka mulut untuk mengajar, murid-murid seperti terkejut dan mentertawakan saya. Sejak mereka dengar suara saya, mereka semakin hilang adab dan ada yang lebih berani siap mengajuk-ajuk suara saya. Soalan-soalan yang sering saya terima ialah, “Kenapa suara teacher kecik?” , “teacher tahu chipmunk? suara teacher macam chipmunk”, “teacher suara kenapa macam kartun?”. Malah ada juga yang sengaja menyakitkan hati saya dengan membuat perangai dan apabila saya menjerit mereka akan gelakkan beramai-ramai.
Hilang segala keyakinan saya untuk bercakap di khalayak ramai. Malah saya selalu mengelak dan memberi alasan bila diminta untuk memberi ucapan di atas stage semasa perhimpunan mingguan diadakan. Saya mula jadi guru yang pendiam, malu untuk bercakap dengan anak murid, dan semakin malas untuk beri penjelasan dalam kelas kerana saya tahu ilmu yang saya sampaikan mereka takkan ambil dan hanya suara kartun saya yang mereka fokuskan. Jadi saya akan siapkan lembaran kerja dan meminta mereka menyalin nota sahaja. Bagi murid-murid yang betul-betul nak belajar dan nak penerangan dari saya, saya akan minta mereka datang ke hadapan. Lepas itu, saya akan terangkan perlahan-lahan. Saya pernah sentap dalam kelas sehingga terkeluar dari mulut saya “kamu ke sekolah sepatutnya belajar menghargai ciptaan Allah, jaga adab dengan guru tapi akhirnya kamu menghina ciptaan Allah dengan mentertawakan saya. Mengata saya di belakang”. Setiap kali saya diuji begini, balik rumah saya akan menangis sendirian dan bernekad dalam hati “SAYA TAKNAK JADI CIKGU LAGI”.
Tapi bila ke sekolah, melihat muka anak murid saya, melihat wajah ibu bapa saya yang sangat bangga melihat saya menjadi seorang guru, saya lupakan hasrat untuk berhenti. Saya kuatkan semangat berkongsi ilmu yang saya ada sebab saya tahu dalam ramai-ramai anak murid yang mengejek tu, pastinya masih ada anak murid yang dahagakan ilmu dari seorang guru dan saya tahu kemungkinan besar anak-anak murid saya ni la yang akan menjadi syafaat untuk saya ke syurga nanti.. Aamiin..
Sebelum saya akhiri luahan hati saya ini, saya ingin kongsikan kepada admin mesej dari anak murid saya yang menjadi penyuntik semangat untuk saya terus menahan sabar berjihad di jalan ini :
“Teacher, walaupun teacher hanyalah insan yang amat kecil di sekolah, tetapi teacher adalah insan yang berjiwa kental..Teacher hadapi segalanya,tak kira orang suka atau tidak teacher tetap tepis semuanya demi impian hidup. Saya sebagai anak murid teacher, bangga dapat teacher yang funny and happy go lucky ni.. Saya harap teacher dapat capai apa yang teacher ingini..Aamiinn, suatu hari nanti.. Insya-Allah”. Wahai anak-anak muridku sekalian, saya halalkan segala ilmu tak seberapa yang pernah saya curahkan, saya maafkan semua kutukan, sindiran, ejekan yang pernah saya terima, dan saya mohon halalkan dan maafkan saya sekiranya ada yang terkurang sewaktu saya mengajar kalian semua.. Teacher N” Kredit:-IIUMC
No comments